Laraskan jarak dan pemformatan aksara

Sesetengah fon termasuk ligatur, sambungan hiasan dua aksara untuk membentuk aksara tipografi tunggal. Anda boleh menggunakan ligatur dalam dokumen anda jika fon yang anda gunakan menyokongnya.

Teks dengan atau tanpa ligatur.

Anda boleh mengaktifkan ligatur untuk keseluruhan dokumen, kemudian menyahaktifkannya untuk teks yang dipilih atau menyahaktifkan ligatur untuk dokumen kemudian mengaktifkannya bagi teks yang dipilih.

Selain menambah ligatur, anda boleh membuat pelarasan lain pada jarak antara aksara dan mengubah jarak teks berhubungan dengan teks lain.

Butang Pilihan Lanjutan dalam pemeriksa Format.

Aktifkan atau nyahaktifkan ligatur untuk dokumen

  1. Klik Dokumen dalam bar alat, kemudian klik Dokumen.

  2. Pilih kotak semak Ligatur (atau nyahpilih jika anda tidak mahu menggunakan ligatur).

Aktifkan atau nyahaktifkan ligatur untuk teks yang dipilih

  1. Pilih teks yang anda mahu tukar.

  2. Dalam Pemeriksa Format, klik Gaya.

  3. Dalam seksyen Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian pilih pilihan daripada menu pop timbul Ligatur.

    • Gunakan Lalai: Menggunakan subset ligatur untuk fon.

    • Jangan Gunakan Apa-Apa: Menggunakan jarak biasa tanpa ligatur untuk fon.

    • Gunakan Semua: Menggunakan semua ligatur yang tersedia untuk fon.

Untuk mengeluarkan ligatur daripada teks yang dipilih, klik Lagi dalam anak tetingkap Teks, kemudian pilih kotak semak "Keluarkan ligatur".

Lebarkan atau sempitkan jarak antara aksara

  1. Pilih kotak teks atau hanya teks yang anda mahu tukar.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Gaya.

  3. Dalam seksyen Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian gunakan anak panah untuk menukar nilai Jarak Aksara.

    Jarak lalai ialah sifar. Meningkatkan nilai melebarkan jarak dan mengurangkan nilai kan menyempitkannya.

Jika anda memilih teks: Seting anda hanya memberi kesan pada teks yang dipilih, maka sebarang teks baru yang anda masukkan tidak akan mempunyai jarak yang sama. Jika anda mahu teks lain dalam dokumen untuk menggunakan seting yang sama, anda boleh menentukan gaya perenggan baru daripada pilihan anda, kemudian menggunakan gaya tersebut untuk teks lain dalam dokumen anda.

Jika anda memilih kotak teks: Seting anda digunakan pada semua teks dalam kotak teks dan juga sebarang teks yang anda masukkan dalam kotak teks selepas anda menggunakan perubahan.

Jadikan aksara superskrip atau subskrip

Anda boleh melaraskan garis dasar aksara untuk menjadikan superskrip atau subskrip. Simbol tanda dagangan ialah superskrip kerana ia dinaikkan di atas istilah bertanda dagangan. Dalam formula kimia, nombor atom adalah subskrip kerana ia diturunkan ke bawah simbol atom Dalam Pages, anda boleh membuat superskrip atau subskrip yang dipilih, kemudian mengubah garis dasar teks yang dipilih dengan tambahan kecil jika anda inginkan.

  1. Pilih teks yang anda mahu jadikan superskrip atau subskrip.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.

  3. Dalam bahagian Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian pilih Superskrip atau Subskrip daripada menu pop timbul Garis Dasar.

  4. Untuk melaraskan peletakan, gunakan anak panah untuk menukar nilai Anjakan Garis Dasar.