Gunakan EndNote dan MathType

Pages berfungsi dengan EndNote, sebuah program yang digunakan untuk mencipta bibliografi dan menguruskan nukilan. Untuk memanfaatkan kelebihan ciri ini, anda mesti memiliki EndNote X6 atau lebih baru dipasang dan anda mesti telah memberi, dalam EndNote, pustaka lalai untuk dibuka apabila EndNote dibuka.

Nota: Jika anda memuat turun Pages daripada Mac App Store, anda mungkin perlu memasang Pages EndNote Plug-In v2.0.

Jika anda mempunyai MathType 6.7d atau lebih baru dipasang, anda boleh menggunakannya untuk menyertakan ungkapan dan persamaan matematik dalam dokumen anda.

Tambah nukilan

Jika anda mempunyai plugin EndNote, anda boleh menggunakan EndNote untuk menambah nukilan. Nukilan ditambah pada bibliografi yang dikemas kini secara automatik di hujung dokumen.

  1. Klik tempat yang anda mahu nukilan muncul.

    Untuk menghimpunkan nukilan bersama nukilan lain, tempatkan titik pemasukan betul-betul di hadapan atau betul-betul selepas, nukilan sedia ada.

  2. Klik Masukkan dalam bar alat, kemudian pilih Nukilan EndNote.

    EndNote terbuka dan tetingkap Cari muncul.

  3. Masukkan teks dalam medan Cari Nukilan, kemudian tekan Return untuk mencari dalam pustaka EndNote anda untuk nukilan berkaitan.

  4. Pilih pilihan dengan menggunakan kawalan dalam tetingkap Cari Nukilan EndNote untuk menentukan cara nukilan muncul dalam dokumen anda.

    Jika anda mahukan nukilan muncul hanya dalam bibliografi dan bukan dalam dokumen, pilih “Dalam Bibliografi sahaja.”

  5. Pilih nukilan daripada senarai dan masukkan julat halaman (jika diperlukan), kemudian klik Masukkan.

    Nukilan ditambah pada dokumen anda di titik pemasukan. Jika anda tidak memilih “Dalam Bibliografi sahaja,” medan bibliografi ditambah di hujung dokumen anda.

Pilih format bibliografi

Jika anda mempunyai plugin EndNote, anda boleh menggunakan EndNote untuk menambah bibliografi yang dikemas kini secara automatik di hujung dokumen anda.

  1. Buka EndNote, kemudian pilih Edit > Gaya Output > Buka Pengurus Gaya (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Pilih gaya yang anda mahu muncul sebagai pilihan format dalam Pages.

    Anda boleh mencipta gaya anda sendiri dengan memilih Edit > Gaya Output > Gaya Baru.

  3. Dalam Pages, pilih Edit > Nukilan EndNote > Format Bibliografi, kemudian pilih format.

Jika anda menyalin rujukan nukilan daripada teks isi dokumen, kemudian menampal nukilan ke dalam dokumen (dokumen yang sama atau yang lain), nukilan ditambah dan medan bibliografi ditambah di hujung dokumen.

Gunakan MathType untuk menambah ungkapan dan persamaan matematik

Pages memerlukan MathType 6.7d atau lebih baru.

  1. Klik tempat yang anda mahu persamaan muncul.

  2. Klik Masukkan dalam bar alat, kemudian pilih Persamaan MathType.

  3. Taipkan atau tampal persamaan anda dalam medan yang disediakan.

    Lihat Bantuan MathType untuk arahan penggunaan alat MathType.

  4. Untuk menyimpan persamaan anda, pilih Fail > Tutup dan Kembali ke Pages (dari menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian klik Ya dalam tetingkap yang muncul.

    Persamaan yang muncul di titik pemasukan dalam dokumen anda. Untuk mengedit persamaan, dwikliknya untuk membuka MathType sekali lagi.