Setkan margin

Anda boleh melaraskan margin dokumen pada bila-bila masa. Anda boleh menggunakan pembaris untuk mengesetkan margin kiri dan kanan dengan cepat atau membuat seting margin lain dalam anak tetingkap Dokumen pada Pemeriksa Persediaan Dokumen.

Pembaris menunjukkan butang Paparan, kawalan margin kiri dan kawalan inden baris pertama.

Setkan margin atas dan bawah

  1. Klik Dokumen dalam bar alat, kemudian klik Dokumen.

  2. Klik anak panah untuk seksyen Atas dan Bawah dalam Margin Dokumen.

Setkan margin kurang daripada 1 inci

  1. Klik Dokumen dalam bar alat, kemudian klik Dokumen.

  2. Dalam seksyen Margin Dokumen, klik anak panah bawah untuk margin yang anda mahu setkan.

Jika anda mahu menggunakan margin lain untuk sebahagian dokumen, cipta seksyen berasingan dengan seting tersendiri.