Tambah, padam dan susun semula halaman

Anda menambah, memadamkan dan menyusun semula halaman secara berbeza bergantung pada sama ada dokumen anda ialah dokumen tataletak halaman atau dokumen pemprosesan perkataan (contohnya, surat atau laporan).

Tambah halaman

  • Dalam dokumen tataletak halaman: Klik Masukkan dalam bar alat, kemudian pilih Halaman.

    Halaman baru muncul di hujung dokumen.

Padam halaman

  • Dalam dokumen tataletak halaman: Klik Paparan dalam bar alat, pilih Tunjukkan Imej Kecil Halaman, pilih imej kecil halaman, kemudian tekan Padam.

  • Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Pilih teks dan objek yang anda mahu padamkan, kemudian tekan Padam sehingga halaman dikosongkan. Anda juga boleh memadamkan seksyen dengan memilihnya dalam paparan imej kecil, kemudian menekan Padam.

Susun semula halaman atau seksyen

  • Klik Paparan dalam bar alat, pilih Tunjukkan Imej Kecil Halaman, pilih halaman atau imej kecil seksyen, kemudian seretnya ke tempat anda mahukannya dalam hierarki halaman.

    Anda boleh menyeret halaman individu dalam dokumen pemprosesan perkataan jika halaman berada dalam seksyennya sendiri.