Semak ejaan

Anda boleh setkan Pages untuk menandakan ralat semasa anda menaip dan anda boleh menyemak keseluruhan dokumen anda atau teks terpilih untuk kesalahan ejaan. Pages juga boleh menyemak tatabahasa dan mencari definisi perkataan.

Gunakan tetingkap Ejaan dan Tatabahasa (ditunjukkan di bawah) untuk menyemak ejaan dan tatabahasa, menambah istilah kamus dan menukar bahasa kamus. Apabila anda menambah istilah pada kamus, anda mengajar Pages perkataan baru agar ia tidak menandakannya sebagai salah ejaan.

Tetingkap Ejaan dan Tatabahasa

buka tetingkap Ejaan dan Tatabahasa

  • Pilih Edit > Ejaan dan Tatabahasa > Tunjukkan Ejaan dan Tatabahasa (menu Edit berada di bahagian atas skrin komputer anda).

Semak ejaan dan tatabahasa secara automatik

  1. Pilih Edit > Ejaan dan Tatabahasa (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian dayakan mana-mana daripada pilihan:

    • Semak Ejaan Semasa Menaip: Menggaris bawah perkataan salah ejaan dengan warna merah.

    • Semak Tatabahasa Dengan Ejaan: Menggaris bawah perkataan salah ejaan dengan warna merah dan tatabahasa tidak betul dengan warna hijau.

    • Betulkan Ejaan Secara Automatik: Menggaris bawah kesalahan ejaan dengan warna biru semasa anda memasukkan teks dan menunjukkan penggantinya secara singkat. Jika anda tidak bersetuju dengan pengganti, klik x dalam gelembung cadangan untuk mengekalkan entri anda.

  2. Control-klik perkataan yang dieja salah, kemudian pilih salah satu pilihan dalam menu pintasan.

Jika perkataan dieja dengan betul tetapi digaris bawah dengan warna merah, Control-klik perkataan, kemudian pilih Pelajari Ejaan. Perkataan tersebut akan ditambah pada kamus agar ia tidak ditandakan pada masa depan.

Sediakan semakan ejaan untuk berbilang bahasa

Gunakan menu pop timbul di bahagian bawah tetingkap Ejaan dan Tatabahasa untuk memilih bahasa untuk semakan ejaan.

Anda boleh menyediakan Mac anda untuk menyemak ejaan bagi bahasa lain. Semakan ejaan mesti disetkan kepada Automatik mengikut Bahasa.

  1. Buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, klik Papan Kekunci, kemudian klik Teks.

    Keutamaan Sistem berada di bawah menu Apple di penjuru kiri atas skrin komputer anda.

  2. Pilih Sediakan daripada menu pop timbul Ejaan.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Seret bahasa ke dalam senarai mengikut tertib anda mahu menyemaknya.

    • Pilih kotak semak bersebelahan bahasa yang anda mahu disemak.

    • Jika anda mempunyai fail kamus yang anda mahu gunakan, salin fail tersebut ke folder Ejaan dalam folder Pustaka anda.

  4. Klik Selesai.

  5. Pastikan menu pop timbul Ejaan disetkan kepada Automatik mengikut Bahasa, kemudian tutup tetingkap keutamaan papan kekunci.