Kongsi dan edit dokumen bersama orang lain

Jika anda menyimpan dokumen anda di iCloud, anda boleh bekerjasama dengan orang lain dengan berkongsi pautan ke dokumen anda di pelayar yang disokong pada komputer Mac atau Windows, mengedit dokumen dan melibat perubahan yang dibuat oleh orang lain.

Penting: Jika anda mahu mengehadkan akses ke dokumen anda, anda boleh melindunginya dengan kata laluan dan anda boleh mengehadkan keizinan agar kolaborator boleh melihat dokumen tetapi tidak membuat perubahan padanya.

Kongsi dokumen dengan kolaborator

Jika dokumen disimpan ke iCloud, anda boleh berkongsi pautan kepadanya melalui Mail, Mesej, Twitter dan Facebook. Anda juga boleh menampal pautan ke dalam perkhidmatan pilihan anda. Untuk berkongsi menggunakan salah satu perkhidmatan ini, anda perlu menyediakan akaun tersebut pada Mac anda (pergi ke Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet).

  1. Klik Kongsi dalam bar alat.

  2. Klik Lihat Seting Perkongsian, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan keizinan: Pilih Benarkan Pengeditan dari menu pop timbul Keizinan jika anda mahukan penerima pautan berupaya mengedit dokumen. Pilih Lihat Sahaja jika anda mahu penerima berupaya membaca, tetapi bukan mengedit dokumen.

    • Setkan kata laluan: Klik Tambah Kata Laluan untuk memerlukan penerima pautan memasukkan kata laluan bagi membuka dokumen. Masukkan maklumat kata laluan yang diminta, kemudian klik Setkan Kata Laluan. Untuk keselamatan tambahan, jangan hantar kata laluan dalam komunikasi yang sama bagi pautan dokumen.

      Nota: Jika dokumen telah mempunyai kata laluan, anda akan nampak butang Tukar Kata Laluan. Kata laluan sedia ada digunakan pada dokumen apabila anda berkongsinya; anda tidak perlu menukarnya melainkan anda mahu.

  3. Klik Kongsi Dokumen.

    Jika anda masih belum mengalihkan dokumen anda ke iCloud, anda boleh berbuat demikian dalam dialog yang muncul.

  4. Klik Hantar Pautan, kemudian pilih E-mel, Mesej, Twitter atau Facebook.

  5. Masukkan maklumat yang diminta, kemudian hantar atau siarkan mesej.

    Pautan penuh muncul dalam kandungan e-mel, tweet atau siaran—pastikan anda tidak memadamkan atau mengubahsuai pautan.

Sebarang edit yang anda buat pada dokumen selepas anda berkongsinya akan kelihatan kepada penerima pautan.

Tukar keizinan untuk dokumen yang dikongsi

Anda boleh menukar sama ada dokumen dikongsi boleh diedit atau hanya dapat dilihat.

  1. Klik Kongsi dalam bar alat, kemudian klik Lihat Seting Kongsi.

  2. Pilih pilihan dari menu pop timbul Keizinan, kemudian klik Tutup.

Dokumen dikongsi yang dilindungi kata laluan

Jika dokumen anda telah dikongsi, anda masih boleh menambah kata laluan padanya. Pastikan anda memaklumkan kolaborator mengenai kata laluan tersebut agar mereka boleh membuka dokumen tersebut.

  1. Pilih Fail > Setkan Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian masukkan kata laluan ke dalam medan Kata Laluan.

  2. Masukkan kata laluan sekali lagi dalam medan Sahkan.

  3. Masukkan petunjuk untuk mengingatkan anda mengenai kata laluan jika anda terlupa mengenainya.

  4. Pilih kotak semak jika anda mahu menambah kata laluan pada rantai kunci anda.

  5. Klik Setkan Kata Laluan.

Untuk menukar atau mengeluarkan kata laluan, pilih Fail > Tukar Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

Hantar semula pautan dokumen

Anda boleh berkongsi pautan dokumen seberapa banyak kali anda inginkan.

  1. Klik Kongsi Butang menu kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Seting.

  2. Klik Hantar Pautan, kemudian pilih E-mel, Mesej, Twitter atau Facebook.

  3. Masukkan maklumat yang diminta.

    Pautan penuh muncul dalam kandungan e-mel, tweet atau siaran—pastikan anda tidak memadamkan atau mengubahsuai pautan.

Salin pautan dokumen

Anda boleh menyalin pautan dengan cepat ke dokumen anda dan kemudian berkongsinya dengan menampalnya ke dalam e-mel, ke Twitter atau Facebook dan banyak lagi.

  • Dengan dokumen terbuka, klik Kongsi Butang menu kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Salin Pautan.

Pautan disalin ke Papan Klip komputer anda agar anda boleh menampalnya di tempat yang anda inginkan. Untuk menampal, klik di tempat yang anda mahu pautan tersebut muncul, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda).

Nyahaktifkan perkongsian iCloud untuk dokumen

  1. Klik Kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Seting.

  2. Klik Henti Berkongsi di bawah anak tetingkap.

Jika anda berhenti berkongsi dokumen dan kemudian berkongsi dokumen sekali lagi, pautan dokumen akan kekal sama.