Sesuaikan bar alat

Bar alat di bahagian atas tetingkap Pages memberi anda akses pantas kepada alat yang anda perlukan dan tindakan yang anda lakukan semasa anda bekerja dalam Pages. Anda boleh menambah, mengeluarkan dan menyusun semula butang bar alat.

Petua: Pages (seperti aplikasi lain) mempunyai bar menu di atas tetingkap Pages, di bahagian atas skrin komputer. Beberapa butang bar alat mempunyai nama yang sama seperti item bar menu. Jika anda tidak melihat yang anda cari semasa anda mengklik butang bar alat, klik menu dengan nama yang sama. Menu seringkali mempunyai lebih pilihan.

Tambah dan keluarkan butang bar alat

  1. Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tambah atau keluarkan item daripada bar alat: Seret item ke bar alat untuk menambahnya. Seret item menjauhi bar alat untuk mengeluarkannya.

    • Susun semula item dalam bar alat: Seret item untuk menyusunnya semula.

      Butang Format dan Dokumen bergerak bersama dan tidak boleh dipisahkan.

    • Reset bar alat: Untuk memulihkan bar alat ke seting lalainya, seret set di bahagian bawah tetingkap ke bar alat.

    • Keluarkan nama butang: Pilih Ikon Sahaja daripada menu pop timbul di bahagian bawah tetingkap. Secara lalai, butang ditunjukkan dengan namanya.

  3. Klik Selesai.

Anda juga boleh menyembunyikan bar alat dengan memilih Paparan > Sembunyikan Bar Alat (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda); untuk menunjukkannya sekali lagi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Alat.