Jajarkan dan tempatkan objek

Anda juga boleh menjajarkan berbilang objek secara relatif kepada satu sama lain atau tentukan lokasi objek menggunakan koordinat x dan y objek tersebut.

Jajarkan objek menggunakan koordinat

  1. Pilih objek.

  2. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, masukkan nilai x dan y dalam medan Kedudukan.

    Nilai x diukur daripada pinggir kiri halaman ke penjuru kiri atas objek.

    Nilai y diukur daripada pinggir atas halaman ke penjuru kiri atas objek.

Anda boleh membuka anak tetingkap Susun dalam tetingkap berasingan yang boleh anda gerakkan ke mana-mana sahaja. Pilih Paparan > Tunjukkan Alat Susun (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda).

Jajarkan objek secara menegak dan mendatar

Anda boleh menjajarkan objek agar ia dibariskan sepanjang paksi menegak atau mendatar.

  1. Pilih objek atau Shift-klik untuk memilih berbilang objek.

  2. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, pilih pilihan daripada menu pop timbul Jajar.

    Jika dua atau lebih objek dipilih, objek sejajar dengan objek yang paling jauh dalam arah yang anda pilih. Contohnya, jika anda menjajarkan tiga objek ke sebelah kiri, objek yang berada paling jauh ke kiri tidak bergerak dan objek lain menjadi sejajar dengannya.

Anda boleh membuka anak tetingkap Susun dalam tetingkap berasingan yang boleh anda gerakkan ke mana-mana sahaja. Pilih Paparan > Tunjukkan Alat Susun (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda).

Letakkan objek pada jarak yang sama

Anda boleh menempatkan objek agar terdapat jarak yang sama antaranya pada paksi mendatar atau menegak.

  1. Pilih tiga atau lebih objek.

  2. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, pilih pilihan daripada menu pop timbul Sebar:

    • Sama rata: Objek diletakkan pada jarak yang sama sepanjang paksi mendatar dan menegak.

    • Mendatar: Objek dijarakkan sama rata di sepanjang paksi mendatar.

    • Menegak: Objek dijarakkan sama rata di sepanjang paksi menegak.

Anda boleh membuka anak tetingkap Susun dalam tetingkap berasingan yang boleh anda gerakkan ke mana-mana sahaja. Pilih Paparan > Tunjukkan Alat Susun (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda).

Alihkan objek satu poin demi satu poin

Anda boleh menyigung objek untuk mengalihkannya dengan tokokan satu poin.

  • Pilih objek, kemudian tekan anak panah dalam sebarang arah.

    Untuk mengalihkan objek 10 poin pada satu masa, tahan Shift semasa anda menekan kekunci anak panah.