Tukar rupa teks jadual

Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.

Tukar rupa teks dalam jadual

Anda boleh menukar fon, warna, saiz dan atribut lain bagi teks dalam sel jadual.

  1. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tukar semua teks dalam jadual: Pilih jadual.

    • Tukar teks dalam sel tertentu: Pilih sel dengan teks yang anda mahu tukar.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, pilih gaya perenggan daripada menu pop timbul di bahagian atas anak tetingkap atau gunakan kawalan dalam bahagian Fon.

    Kawalan untuk menukar fon, saiz taip dan gaya taip.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan kawalan fon, lihat Tukar rupa teks.

Tukar saiz fon jadual

Anda boleh meningkatkan atau mengurangkan saiz fon mengikut perkadaran untuk semua teks dalam jadual. Apabila anda menjadikan teks lebih besar atau lebih kecil, semua teks meningkat atau berkurang pada peratusan yang sama.

  1. Klik jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, klik butang Saiz Fon Jadual.

Balut dan nyahbalut teks dalam jadual

Jika sel tidak cukup lebar untuk memaparkan teks pada satu baris, anda boleh membalut teks agar ia muncul pada berbilang baris dalam sel.

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Balut teks dalam sel: Control-klik sel, kemudian pilih Balut Teks. Tanda semak muncul bersebelahan Balut Teks apabila ia dipilih.

  • Balut teks untuk baris atau lajur: Pilih baris atau lajur. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, pilih Balut Teks dalam kotak semak sel.

  • Balut semua teks dalam jadual: Pilih jadual. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, pilih Balut Teks dalam kotak semak sel.

Anda boleh mencipta peraturan untuk menukar rupa sel secara automatik apabila nilai dalam sel memenuhi syarat tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke Tambah penyerlahan bersyarat pada sel.