Cipta senarai berbulet dan bernombor
Anda boleh mencipta senarai diformatkan dengan bulet, huruf atau nombor dengan cepat.
Senarai mudah yang boleh menggunakan bulet, huruf atau nombor pada permulaan setiap baris.
Senarai tersusun, seperti garis kasar, boleh mempunyai peringkat senarai berinden di dalamnya untuk menunjukkan hierarki. Ia juga menggunakan bulet, huruf atau nombor pada permulaan setiap baris.
Senarai berperingkat, seperti yang digunakan dalam dokumen sah, ialah senarai tersusun yang mungkin menggunakan gaya penomboran berlainan untuk setiap peringkat.
Cipta senarai
Pages mengesan apabila anda mencipta senarai jika anda memulakan ayat dengan sempang, nombor, huruf, bulet (Option-8) atau huruf.
-
Klik tempat anda mahukan senarai anda untuk bermula, kemudian taipkan bulet (Option-8), huruf atau nombor di hadapan item pertama.
Untuk menggunakan aksara khas, pilih Edit > Aksara Khas (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian klik aksara daripada menu bulet atau bintang.
-
Tekan Return.
Pages menambah bulet, huruf atau nombor secara automatik pada item seterusnya dalam senarai.
-
Untuk menukar paras inden (hierarki) bagi item dalam senarai, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Alihkan item ke sebelah kanan: Tekan Tab.
Alihkan item ke sebelah kiri: Tekan Shift-Tab.
Tekan Return dua kali atau tekan Padam untuk menamatkan senarai.
Anda juga boleh memilih teks yang anda mahu formatkan sebagai senarai, kemudian pilih pilihan daripada menu pop timbul Bulet & Senarai dalam anak tetingkap Gaya Pemeriksa Format.
Untuk menyahaktifkan penciptaan senarai automatik, pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda), klik Umum, kemudian nyahpilih kotak semak bersebelahan “Kesan senarai secara automatik.”
Susun semula item senarai
Anda boleh menyeret item dalam senarai ke peringkat berlainan dalam hierarki atau ke paras inden berbeza. (Anda tidak boleh menyeret item senarai jika penjejakan perubahan aktif.)
-
Pilih item yang anda mahu alihkan dengan mengklik bulet, nombor atau hurufnya.
Seret item ke atas atau bawah senarai atau seret ke kiri atau kanan, sehingga anda nampak segi tiga biru di tempat anda mahu menulis.
Tukar gaya bulet
Pilih baris dengan bulet yang anda mahu tukar.
Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.
-
Klik segi tiga pendedahan Bulet & Senarai, kemudian pilih gaya bulet daripada menu pop timbul di bawah subtajuk Bulet & Senarai.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk bulet teks: Pilih gaya bulet daripada menu pop timbul Bulet (skrol untuk melihat kesemuanya).
-
Untuk bulet imej: Klik butang Imej Semasa, kemudian pilih bulet imej.
Untuk menggunakan imej anda sendiri, klik Imej Tersuai, kemudian pilih fail imej pada komputer anda.
Untuk menggunakan aksara khas: Pilih Edit > Aksara Khas (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih aksara daripada mana-mana menu di bahagian bawah panel.
Anda boleh menggunakan pilihan lain dalam seksyen Bulet & Senarai untuk menukar saiz bulet dan melaraskan amaun jarak antara teks dan bulet.
Tukar gaya nombor dan jarak untuk senarai bertertib
Anda boleh menggunakan nombor, huruf, angka Roman atau gabungan untuk menentukan paras hierarki dalam senarai bertertib. Dokumen undang-undang dan teks akademik boleh menggunakan jujukan khusus dalam senarai berperingkat.
Pilih baris teks dengan penomboran yang anda mahu tukar.
Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Gaya.
-
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian pilih daripada pilihan.
Untuk memulakan penomboran dari titik berlainan, pilih "Mula dari", kemudian masukkan nombor atau huruf.
Cipta gaya senarai baru
Cipta gaya senarai untuk menggunakan pemformatan yang sama—contohnya, jenis bulet, jarak, saiz fon—pada senarai lain dalam dokumen anda.
Pilih senarai sebagai asas kepada gaya baru tersebut.
Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa format, klik menu pop timbul gaya senarai bersebelahan Bulet & Senarai.
Klik di bahagian atas menu pop timbul.
Masukkan nama untuk gaya baru, kemudian klik di luar menu untuk menutupnya.
Gaya senarai ialah sejenis gaya perenggan, jadi anda boleh menambah pintasan untuk menggunakannya; nama semula, kemas kini atau memadamkannya; dan banyak lagi.