Formatkan teks bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh memasukkan teks dalam banyak bahasa berlainan, termasuk beberapa sistem penulisan berlainan untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan papan kekunci antarabangsa yang tersedia pada Mac anda. Pages menyediakan beberapa ciri pemformatan teks khusus bahasa, termasuk gaya penekanan, gaya senarai dan panduan fonetik. Pilihan pemformatan yang tersedia bergantung pada bahasa yang anda gunakan.
Untuk hasil terbaik, gunakan fon yang disyorkan ini:
Bahasa Cina Mudah: Heiti SC
Bahasa Cina Tradisional: Heiti TC
Bahasa Korea Apple Gothic
Bahasa Jepun: Hiragino Kaku Gothic untuk fon sans serif atau Hiragino Mincho untuk fon serif
Arahan ini menganggap yang anda telah mendayakan sekurang-kurangnya satu daripada papan kekunci bahasa Cina, Jepun, atau Korea. Untuk mendayakan papan kekunci antarabangsa, buka Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Sumber Input.
Tambah tanda penekanan Bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh tambah tanda penekanan yang biasa digunakan dalam teks bahasa Cina, Jepun, atau Korea. Sebagai contoh, dengan menggunakan papan kekunci bahasa Cina, anda boleh menggunakan titik Boten di bawah atau di atas teks, atau garis bawah beralun. Dengan teks Bahasa Jepun anda boleh menambah titik biasa atau titik bijan
Tukar papan kekunci anda ke papan kekunci Bahasa Cina, Jepun, dan Korea.
Pilih teks Bahasa Cina, Jepun atau Korea (satu atau lebih aksara), kemudian klik Gaya dalam pemeriksa Format.
-
Untuk menggunakan tanda pemformatan pada teks yang dipilih, klik butang dalam anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format.
Pilihan pemformatan yang tersedia bergantung pada papan kekunci semasa.
Gunakan gaya senarai Bahasa Cina, Jepun atau Korea
Gaya senarai Bahasa Cina, Jepun, dan Korea boleh digunakan untuk menulis dalam sebarang bahasa. Perubahan hanya mempengaruhi bulet atau sistem penomboran.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk senarai dengan teks Inggeris, taipkan item pertama dalam senarai (contohnya, 1 atau A).
Untuk senarai dengan teks Cina, Jepun, atau Korea, tukar papan kekunci anda kepada bahasa yang anda inginkan, kemudian taipkan item pertama dalam senarai (contohnya, 가).
Masukkan noktah atau kurungan diikuti dengan ruang.
-
Masukkan item senarai pertama, kemudian klik Return.
Pages dapat mengesah secara automatik bahawa anda sedang menaip senarai. Anda boleh terus menggunakan papan kekunci Cina, Jepun atau Korea untuk menyelesaikan senarai anda.
-
Jika anda memasukkan senarai dengan teks bahasa Inggeris tetapi gaya senarai bahasa Cina, Jepun atau Korea, klik gaya senarai dalam anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format.
Gaya yang tersedia dipersembahkan bergantung pada papan kekunci yang didayakan.
Sediakan panduan fonetik bersama-sama teks
Jika anda telah mendayakan papan kekunci Bahasa Cina, Jepun atau Korea untuk peranti Mac atau iOS anda, anda boleh menggunakan panduan fonetik pada perkataan yang ditulis dalam sebarang bahasa walaupun anda tidak menggunakan sebarang papan kekunci.
-
Pilih teks, (satu atau lebih aksara).
Jangan masukkan semua pemisah perenggan atau tanda baca yang mengekor dalam teks yang anda pilih.
-
Control-klik teks yang dipilih, kemudian pilih Teks Panduan Fonetik daripada menu pintasan.
Anda boleh memilih Format > Teks Panduan Fonetik (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
Panduan fonetik akan muncul dengan teks yang dipilih.
-
Untuk menukar teks panduan fonetik, pilih salah satu pilihan.
Pilihan fonetik bergantung pada papan kekunci yang didayakan.
Klik mana-mana di luar tetingkap Teks Panduan Fonetik untuk menggunakan teks yang anda pilih dan tutup tetingkap.
Tukar atau keluarkan teks panduan fonetik
Selepas anda menambah panduan teks fonetik, anda boleh mengubah bahasanya atau mengeluarkannya.
-
Klik perkataan dengan teks panduan fonetik, kemudian pilih Teks Panduan Fonetik daripada menu pintasan.
Anda juga boleh memilih perkataan, kemudian pilih Format > Teks Panduan Fonetik (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Masukkan teks yang anda mahu gunakan atau pilih salah satu pilihan.
Pilihan fonetik yang dipersembahkan bergantung pada papan kekunci yang didayakan.
Untuk mengeluarkan teks panduan, klik Keluarkan.
Anda juga boleh mendwiklik teks, kemudian editnya; teks panduan fonetik dikeluarkan secara automatik.