Gunakan gaya perenggan

Gaya perenggan ialah set atribut—saiz dan warna fon, contohnya—yang boleh anda gunakannya dengan cepat pada keseluruhan perenggan. Menggunakan gaya perenggan memastikan rupa yang konsisten untuk teks dalam dokumen anda.

Gaya perenggan juga memudahkan dokumen diformatkan. Contohnya, jika anda menggunakan gaya Tajuk pada semua tajuk dalam dokumen dan kemudian memutuskan anda mahu menukar warnanya, anda boleh menukar warna gaya Tajuk dan semua tajuk dikemas kini secara automatik—anda tidak perlu menukarnya secara individu dengan sendiri.

Setiap templat halaman termasuk gaya perenggan, yang boleh anda ubah suai mengikut keinginan anda. Teks ruang letak mempunyai gaya perenggan yang digunakan padanya.

Gaya perenggan muncul dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, yang boleh anda tetapkan kekunci pintasan padanya.

Menu pop timbul Gaya Perenggan, menunjukkan kawalan untuk menambah atau menukar gaya.

Apabila anda menukar teks yang telah digunakan gaya perenggan, asterisk muncul bersebelahan nama gaya tersebut, yang menunjukkan gaya mempunyai pengganti. Anda boleh membiarkan pengganti atau anda boleh menukar gaya agar semua teks yang menggunakan gaya tersebut ditukar dalam cara yang sama.

Guna gaya perenggan

  1. Pilih satu atau lebih perenggan atau klik perenggan untuk menggunakan gaya pada perenggan itu sahaja.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa format, klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap, kemudian pilih gaya daripada menu pop timbul Gaya Perenggan.

Tetapkan kekunci pintasan pada gaya

Anda boleh menetapkan kekunci pintasan (F1—F8) pada gaya perenggan, aksara atau senarai.

  1. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Untuk gaya perenggan: Klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap.

    • Untuk gaya aksara: Klik menu pop timbul Gaya Aksara.

    • Untuk gaya senarai: Klik menu pop timbul Bulet & Senarai:

  2. Dalam menu pop timbul, gerakkan penuding ke atas nama gaya yang anda mahu tetapkan pintasan, kemudian klik anak panah yang muncul.

  3. Pilih Pintasan, kemudian pilih satu kekunci.

    Sekarang, kekunci pintasan muncul bersebelahan nama gaya dalam menu untuk rujukan mudah.

Untuk mengeluarkan penetapan kekunci pintasan, pilih Tiada daripada menu Pintasan.

Nota: Untuk menggunakan kekunci pintasan pada komputer mudah alih, tekan Fn dengan kekunci pintasan.

Cipta gaya perenggan baru

  1. Klik perenggan asas yang anda mahukan untuk gaya baru tersebut.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format, klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap.

  3. Klik Butang gaya baru di bahagian atas menu pop timbul Gaya Perenggan.

  4. Masukkan nama untuk gaya baru, kemudian klik di luar menu untuk menutupnya.

Keluarkan penggantian daripada gaya perenggan

Apabila anda menukar pemformatan teks yang mempunyai gaya perenggan digunakan padanya, asterisk muncul bersebelahan nama gaya perenggan. Jika anda tidak mahu menyimpan perubahan (penggantian), anda boleh bertukar kepada gaya asal.

  1. Klik perenggan dengan penggantian.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format, klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap.

  3. Dalam menu pop timbul Gaya Perenggan, klik nama gaya (ia mempunyai tanda semak kelabu untuk menunjukkan penggantian).

    Penggantian dikosongkan dan teks kembali kepada gaya asal.

Kemas kini gaya perenggan

Jika anda menukar pemformatan teks yang mempunyai gaya perenggan digunakan padanya, anda boleh mengemas kini gaya untuk menunjukkan perubahan anda. Anda boleh menggunakan gaya perenggan baru untuk memformatkan teks lain.

Apabila anda memilih keseluruhan perenggan dan kemudian menukar fon, saiz, warna atau atribut lain bagi teks dalam perenggan, butang Kemas kini muncul bersebelahan nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap Teks. Untuk mengemas kini gaya bagi menyepadukan perubahan anda, klik Kemas Kini.

Jika anda tidak memilih keseluruhan perenggan semasa anda membuat perubahan, anda akan melihat asterisk berbanding butang Kemas kini, tetapi anda masih boleh mengemas kini gaya.

  1. Pilih teks yang menggunakan gaya yang anda mahu kemas kini.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format, klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap.

  3. Dalam menu pop timbul Gaya Perenggan, gerakkan penuding ke atas nama gaya (ia mempunyai tanda dagangan), kemudian klik anak panah yang muncul.

  4. Pilih Kemas Kini Gaya.

Namakan semula gaya

  1. Pilih perenggan yang menggunakan gaya yang anda mahu namakan semula.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format, klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap.

  3. Dalam menu pop timbul Gaya Perenggan, gerakkan penuding ke atas nama gaya, kemudian klik anak panah yang muncul.

  4. Pilih Nama Semula Gaya, kemudian masukkan nama baru.

Padam gaya

Anda boleh memadamkan gaya yang tidak digunakan dalam dokumen anda. Jika gaya sedang digunakan, anda boleh menetapkan gaya gantian untuknya.

  1. Klik sebarang teks.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format, klik nama gaya perenggan di bahagian atas anak tetingkap.

  3. Dalam menu pop timbul Gaya Perenggan, gerakkan penuding ke atas nama gaya yang anda mahu padamkan, kemudian klik anak panah yang muncul.

  4. Pilih Padam Gaya.

Jika anda cuba memadamkan gaya yang sedang digunakan, anda diminta untuk memilih gaya bagi menggantikan gaya yang anda padamkan.