Gunakan teks dwiarah

Pages menyokong teks dwiarah, maka anda boleh memasukkan dan edit teks yang ditulis daripada kiri ke kanan (seperti bahasa Inggeris atau China) dan dari kanan ke kiri (seperti dalam bahasa Arab atau Ibrani) dalam dokumen yang sama. Anda boleh menggunakan teks dwiarah dalam perenggan, bentuk dan jadual.

Untuk menggunakan bahasa lain dalam dokumen anda, anda mesti menyediakan sumber input untuknya dalam keutamaan Papan Kekunci (dalam Keutamaan Sistem pada Mac anda). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, dalam Finder pilih Bantuan > Pusat Bantuan, kemudian cari “sumber input.”

Anda boleh menggunakan sebarang templat Pages untuk mencipta dokumen dwiarah, tetapi untuk menggunakan templat yang direka khusus untuk bahasa lain, anda mesti menukar bahasa utama komputer anda kepada bahasa tersebut dalam Keutamaan Sistem.

Nota: Jika anda menambah sumber input baru pada komputer anda semasa Pages dibuka, mulakan semula Pages agar ia mengenali sumber tersebut.

Gunakan bahasa lain dalam Pages

  • Pilih sumber input daripada menu Input di sebelah kanan bar menu komputer anda.

    Menu Input di penjuru kanan atas pada bar menu.

Titik pemasukan bergerak ke sisi dokumen yang digunakan oleh bahasa yang anda pilih. Contohnya, jika anda menukar sumber input daripada bahasa Inggeris kepada Ibrani, titik pemasukan bergerak ke sebelah kanan dokumen dan sebarang teks sedia ada dalam perenggan berubah ke arah tersebut.

Tukar arah teks perenggan

Pembaris dan hentian tabnya sentiasa sepadan dengan arah perenggan, jadi apabila anda menukar arah teks untuk teks yang dipilih, pembaris turut berubah.

  1. Klik dalam perenggan atau senarai atau pilih teks dalam perenggan atau senarai.

  2. Tukar bahasa menggunakan menu Input atau klik Butang arah perenggan dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format untuk memasukkan teks dalam bahasa semasa.

    Titik pemasukan bergerak ke sisi satu lagi dan arah perenggan berubah.

    Butang dwiarah
  3. Masukkan teks, kemudian tekan Return di hujung perenggan.

    Perenggan seterusnya diteruskan dalam arah yang sama. Untuk menukar arahnya, klik Butang arah perenggan atau pilih bahasa dalam menu input.

Jika anda memilih berbilang perenggan dengan arah teks berlainan, kemudian mengklik Butang arah perenggan, perenggan akan diformatkan agar sepadan dengan perenggan pertama dalam pilihan. Jika anda memilih berbilang bentuk yang mengandungi teks dalam arah teks yang berlainan, teks dalam bentuk diformatkan agar sepadan dengan bentuk pertama yang anda pilih.

Untuk mengetahui cara untuk menaip dan mengedit teks dwiarah dan bagi menggunakan beberapa ciri sokongan dalam OS X, dalam Finder, pilih Bantuan > Pusat Bantuan, kemudian cari “teks dwiarah.”