Salin dan tampal teks

Untuk menggunakan semula teks dengan cepat, salin dan tampalnya.

Salin dan tampal teks

  1. Pilih teks, kemudian pilih Edit > Salin (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda) atau tekan Command-C.

  2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tampal teks dengan pemformatan semasanya ke dalam perenggan baru: Pilih Edit > Tampal atau tekan Command-V.

    • Tampal dan padankan gaya teks di tempat yang anda tampal: Pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.

Salin dan tampal gaya teks

Anda boleh menyalin gaya untuk teks yang dipilih sahaja, kemudian menggunakan gaya tersebut pada teks lain.

  1. Pilih teks, kemudian pilih Format > Salin Gaya (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Pilih teks lain untuk menggunakan gaya, kemudian pilih Format > Tampal Gaya.

Petua: Anda boleh menambah butang pada bar alat untuk menyalin gaya dan menampal gaya.