Tambah teks
Jika anda menggunakan templat kosong, hanya mula menaip untuk menambah teks pada isi dokumen anda. Jika anda menggunakan templat dengan teks ruang letak, pilih teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri.
Untuk menyertakan teks yang bukan sebahagian daripada kandungan utama, seperti teks dalam bar sisi, tambah kotak teks pada dokumen, kemudian masukkan teks ke dalamnya. Anda juga boleh menambah teks ke dalam bentuk.
Tambah kotak teks baru
Taipkan teks anda sendiri untuk menggantikan teks ruang letak.
-
Seret kotak teks ke tempat yang anda mahukan pada halaman.
Jika anda tidak dapat mengalihkan kotak, klik di luar kotak untuk menyahpilih teks, kemudian klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya.
-
Jika anda mahu mensaiz semula kotak teks, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika teks melimpah keluar daripada kotak: Pilih kotak teks, kemudian seret penunjuk pemangkasan (+) sehingga semua teks kelihatan.
Jika kotak teks terlalu besar atau terlalu kecil untuk teksnya: Pilih kotak teks, kemudian seret sebarang pemegang pilihan (segi empat di sekeliling jidar).
Untuk memadamkan kotak teks, pilihnya, kemudian tekan Padam.
Masukkan aksara khas dan simbol
Anda boleh memasukkan aksara khas dalam teks, seperti simbol matematik; huruf dengan tanda aksen; anak panah dan emotikon; aksara Jepun, Cina dan Korea; dan banyak lagi.
Klik tempat yang anda mahukan aksara atau simbol untuk muncul.
Pilih Edit > Aksara Khas (daripada menu Edit berada di bahagian atas skrin komputer anda) untuk membuka tetingkap Aksara.
Klik ikon di bahagian bawah tetingkap Aksara untuk memilih kategori aksara (klik anak panah kiri atau kanan untuk melihat lagi kategori).
Klik aksara yang anda mahu masukkan.
Untuk maklumat mengenai penggunaan papan kekunci dan kaedah input untuk bahasa lain, pergi ke Bantuan > Pusat Bantuan (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin komputer anda) dan cari "Menu input.”
Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks
Anda boleh merencanakan teks dalam Pages apabila perencanaan diaktifkan dalam keutamaan Perencanaan & Pertuturan pada Mac anda.
Untuk mengetahui cara untuk menyediakan dan menggunakan perencanaan, lihat Bantuan Mac:
Klik desktop untuk beralih kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan Mac, kemudian cari “Gunakan Perencanaan untuk mencipta mesej dan dokumen.”