Tambah warna latar belakang atau jidar
Anda boleh menambah warna pada latar belakang perenggan yang merentang dari margin ke margin. Anda juga boleh menambah jidar atau garis di bahagian atas, bawah atau sisi perenggan dan menambah jidar di sekeliling halaman.
Petua: Anda tidak boleh mengawal kelegapan warna latar belakang. Jika anda mahu menukar kelutsinarannya, tambah blok warna dan jadikannya objek induk, yang boleh anda sesuaikan mengikut keinginan anda.
Tambah warna latar belakang pada perenggan
Pilih perenggan yang anda mahukan warna latar belakang muncul.
Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Tataletak.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Jidar & Peraturan.
-
Pilih warna dalam seksyen Warna Latar Belakang.
Untuk melihat warna yang sesuai dengan templat anda: Klik perigi warna di sebelah kiri.
Untuk melihat semua warna: Klik roda warna, kemudian pilih warna dalam tetingkap Warna.
Petua: Jika anda tidak mahukan warna merentang dari margin ke margin, anda boleh menambah warna di belakang teks terpilih.
Tambah jidar atau peraturan pada perenggan
Pilih perenggan yang anda mahu tambahkan jidar atau peraturan.
Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Tataletak.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Jidar & Peraturan.
-
Pilih jenis garis daripada menu pop timbul, kemudian klik anak panah dalam medan nilai teratas untuk melaraskan ketebalan garis.
-
Pilih warna daripada perigi warna atau roda warna bersebelahan menu pop timbul gaya garis.
Untuk melihat warna yang sesuai dengan templat anda: Klik perigi warna di sebelah kiri.
Untuk melihat semua warna: Klik roda warna, kemudian pilih warna dalam tetingkap Warna.
Klik butang Kedudukan untuk mengesetkan tempat garis muncul.
Klik anak panah untuk medan Ofset bagi melaraskan jarak antara garis dan teks di sekelilingnya.
Untuk mengeluarkan garis, pilih perenggan, kemudian pilih Tiada daripada menu pop timbul jenis garis.
Tambah jidar di sekeliling halaman
Klik Bentuk dalam bar alat, kemudian pilih segi empat atau segi empat bucu bulat.
Seret pemegang pilihan sehingga pinggir segi empat dalam saiz yang anda mahukan untuk jidar.
Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, klik Kekal pada Halaman dalam seksyen Peletakan Objek, kemudian pilih Tiada daripada menu pop timbul Balutan Teks.
-
Klik Gaya dalam Pemeriksa Format, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Guna gaya bentuk: Klik salah satu gaya bentuk di bahagian atas anak tetingkap untuk menggunakan isian warna, gradien, bayang atau atribut lain dengan cepat.
Tukar garis jidar: Pilih Garis dari menu pop timbul Jidar, kemudian pilih gaya garis daripada menu pop timbul di bawahnya. Klik perigi warna untuk menukar warna garis dan klik anak panah untuk menukar ketebalan garis.
Gunakan gaya bingkai gambar: Pilih Bingkai Gambar dari menu pop timbul Jidar, kemudian pilih gaya bingkai gambar daripada menu pop timbul di bawahnya.
Tukar kelegapan warna isian: Seretkan gelangsar kelegapan untuk menjadikan warna atau imej isian lebih atau kurang legap.
-
Untuk menggunakan jidar pada setiap halaman dalam seksyen, pilih Susun > Induk Seksyen > Alihkan Objek ke Induk Seksyen (dari menu Susun di bahagian atas skrin komputer anda).
Jidar hanya digunakan pada halaman dalam seksyen tersebut. Jika dokumen anda mempunyai lebih daripada satu seksyen dan anda mahukan jidar muncul pada setiap halaman dalam dokumen, tambah jidar pada induk seksyen untuk setiap seksyen.