Tukarkan jenis dokumen

Templat Pages direka bentuk khususnya untuk mencipta sama ada dokumen tataletak halaman atau dokumen pemprosesan perkataan. Dalam dokumen tataletak halaman, setiap halaman ialah kanvas hitam. Untuk menambah teks, anda perlu menambah kotak teks dan menaip kandungan anda ke dalamnya. Anda kemudian boleh melapisi kotak teks dengan objek, yang tidak boleh dilakukan dalam dokumen pemprosesan perkataan.

Selepas anda memilih templat dan mula mencipta dokumen anda, anda tidak boleh bertukar kepada templat berlainan. Namun begitu, anda boleh menukarkan dokumen daripada pemprosesan perkataan kepada tataletak halaman dan sebaliknya.

Penting: Apabila anda menukarkan dokumen pemprosesan perkataan kepada dokumen tataletak halaman, sebarang teks kandungan sedia ada (teks yang tidak berada dalam kotak teks) dipadamkan. Jika anda mahu menyimpan teks kandungan, salinnya sebelum anda menukarkan dokumen, kemudian tampalkannya ke dalam kotak teks atau ke dalam dokumen Pages lain. Juga, semua objek yang disetkan untuk bergerak sebaris dengan teks akan dipadamkan. Objek yang disetkan agar kekal pada halaman dan tidak bergerak bersama teks akan dikekalkan dalam penukaran.

Tukarkan kepada dokumen tataletak halaman

Anda boleh menukarkan dokumen pada bila-bila masa. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Pilih Fail > Tukar kepada Tataletak Halaman (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  • Klik Dokumen dalam bar alat, klik tab Dokumen, kemudian nyahpilih kotak semak Isi Dokumen.

Tukarkan kepada dokumen pemprosesan perkataan

Anda boleh menukarkan dokumen pada bila-bila masa. Sebarang objek sedia ada, termasuk kotak teks, kekal dalam dokumen. Jika kotak teks dilapisi dengan objek, anda perlu melaraskan lapisan dan balutan teks dalam dokumen yang ditukarkan.

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Pilih Fail > Tukar kepada Pemprosesan Perkataan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  • Klik Dokumen dalam bar alat, klik tab Dokumen, kemudian pilih kotak semak Isi Dokumen.