Cari dan gantikan teks

Anda boleh mencari perkataan, frasa, nombor dan aksara tertentu dan menggantikan hasil carian secara automatik dengan kandungan baru yang anda tentukan. Semua kandungan boleh dilihat dalam dokumen—teks isi utama, pengepala dan pengaki, jadual, kotak teks, bentuk, nota kaki dan nota hujung dan komen—disertakan dalam carian.

Cari teks khusus

  1. Klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Cari & Gantikan.

  2. Dalam medan carian, masukkan perkataan atau frasa yang anda mahu cari.

    Padanan diserlahkan semasa anda memasukkan teks.

  3. Untuk mencari perkataan yang sepadan dengan huruf besar yang anda nyatakan atau mengehadkan hasil carian kepada perkataan penuh yang anda masukkan, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian pilih Perkataan Penuh atau Padankan Huruf Besar atau Kecil (anda boleh memilih kedua-duanya).

  4. Klik butang anak panah untuk mencari padanan seterusnya atau sebelumnya.

Untuk melihat atau mengosongkan carian terbaru, klik anak panah bersebelahan kaca pembesar.

Gantikan teks yang ditemui

  1. Klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Cari & Gantikan.

  2. Klik Butang Menu dalam tetingkap Cari & Ganti, kemudian pilih Cari & Ganti.

    Anda juga boleh memilih pilihan lain, seperti Perkataan Penuh dan Padankan Huruf Besar atau Kecil, untuk memperincikan carian anda.

  3. Masukkan perkataan atau frasa dalam medan pertama.

    Semasa anda memasukkan teks, padanan diserlahkan. Padanan pertama dipilih dan diserlahkan dalam kuning.

  4. Masukkan perkataan atau frasa gantian dalam medan kedua.

    Jika anda membiarkan medan Ganti kosong, semua tika teks dipadamkan apabila anda menggantikan teks yang ditemui.

  5. Gunakan butang di bahagian bawah panel Carian untuk menyemak dan menukar padanan teks:

    • Gantikan Semua: Menggantikan semua padanan teks dengan teks gantian.

    • Ganti & Cari: Menggantikan padanan yang dipilih dan beralih ke seterusnya.

    • Ganti: Menggantikan padanan yang dipilih dengan teks gantian tetapi tidak beralih ke padanan seterusnya.

    • Anak panah Sebelumnya dan Seterusnya: Beralih ke padanan sebelumnya atau seterusnya tanpa membuat perubahan.