Cetak dokumen

Anda boleh mencetak dokumen Pages menggunakan sebarang pencetak yang anda sediakan pada Mac anda. Buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, kemudian klik Pencetak & Pengimbas untuk menyediakannya.

Anda juga boleh menentukan pencetak lalai, saiz kertas dan orientasi untuk dokumen dalam Pages.

Cetak dokumen

  1. Pilih Fail > Cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian tentukan pilihan cetakan.

    • Salin: Masukkan bilangan salinan yang anda mahu cetak.

    • Dwimuka: Jika pencetak anda menyokong cetakan dwimuka, pilih kotak semak.

    • Pratonton halaman individu: Klik anak panah di bawah dokumen untuk melihat halaman individu.

    • Cetak julat: dokumen Pilih Julat daripada menu pop timbul Pages, kemudian masukkan nombor halaman mula dan nombor halaman tamat dalam julat tersebut.

    • Untuk lebih banyak pilihan cetakan: Klik Tunjukkan Butiran, kemudian gunakan kawalan cetakan untuk menukar tataletak, pengendalian kertas, pilihan suapan kertas dan banyak lagi.

  2. Klik Cetak.

Untuk membatalkan cetakan pada bila-bila masa, klik Batal untuk kembali ke dokumen anda.

Setkan pencetak lalai dan saiz halaman

Anda boleh mengesetkan pencetak lalai untuk dokumen. Jika pencetak tidak tersedia apabila anda mencetak, pencetak lalai dalam Keutamaan Sistem komputer anda digunakan.

  1. Klik Dokumen dalam bar alat, kemudian klik Dokumen.

  2. Pilih pencetak bersambung daripada menu pop timbul Pencetak.

  3. Pilih saiz kertas daripada menu pop timbul Saiz Kertas.

  4. Klik orientasi halaman (potret atau landskap).