Cetak sampul, label dan kad niaga
Templat sampul dalam Pages memudahkan anda mencetak sampul bersaiz standard. Anda juga boleh menggunakan aplikasi Kenalan pada Mac anda untuk mencetak sampul untuk sekumpulan kenalan dan mencetak saiz sampul tersuai.
Templat kad niaga dalam Pages direka bentuk untuk stok kad niaga popular. Untuk mencetak label, anda boleh menggunakan kenalan untuk mencetak pelbagai jenis label komersial yang popular.
Cetak sampul dalam Pages
Dalam Pages, pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).
Klik Alat Tulis di sebelah kiri pemilih templat.
Skrol bawah ke bahagian Sampul, kemudian dwiklik templat sampul.
Klik Dokumen , kemudian klik Dokumen.
Pilih saiz sampul daripada menu pop timbul kedua dalam bahagian Pencetak & Saiz Kertas.
-
Pada templat sampul, klik teks ruang letak dalam alamat penerima, kemudian taipkan alamat.
Anda boleh menambah atau memadamkan garis bila perlu.
-
Dwiklik teks dalam alamat balas, kemudian taipkan alamat anda.
Alamat balas ialah kotak teks. Seret pemegang pilihan jika anda mahu mensaiz semulanya.
Pilih Fail > Cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), pilih pencetak daripada menu pop timbul Pencetak, kemudian klik Cetak.
Untuk mencipta sampul diperibadikan dengan alamat balas anda, anda boleh menyimpan sampul sebagai templat tersuai. Templat sampul anda muncul dalam seksyen Templat Saya pada pemilih templat jika anda menyimpannya di situ.
Cetak sampul dan label daripada Kenalan
Kenalan ialah aplikasi pada Mac anda. Jika anda mempunyai nama dan alamat dalam Kenalan, anda boleh memilih kenalan yang anda mahu cetak sampul atau label, kemudian menggunakan tetingkap cetakan OS X untuk mengesetkan saiz sampul atau label.
Untuk arahan mengenai mencetak maklumat hubungan, lakukan perkara berikut:
Buka Kenalan pada Mac anda dengan mengklik ikonnya dalam Dock atau dalam Launchpad.
Pilih Bantuan > Bantuan Kenalan (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian taip "Cetak maklumat kenalan" dalam medan carian.
Petua: Jika anda telah mencipta templat sampul tersuai dengan alamat balas anda (lihat topik di atas topik ini), anda boleh mencetak sampul anda dengan alamat balas, kemudian menggunakan sampul tersebut apabila anda mencetak alamat hubungan.
Cetak kad niaga
Templat kad niaga ialah dokumen tataletak halaman, maka semua teks terkandung dalam kotak teks. Mengedit teks ruang letak pada satu kad tidak akan menukar teks pada kad lain dalam templat. Anda perlu menukar teks pada setiap kad.
Petua: Anda boleh mempercepatkan proses dengan menghimpunkan teks pada kad pertama selepas ia diedit, menyalinnya, kemudian menampalnya pada setiap kad.
-
Aktifkan panduan penjajaran.
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda), klik Pembaris, kemudian pilih kotak semak untuk panduan penjajaran.
Dalam Pages, pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).
Klik Alat Tulis di sebelah kiri pemilih templat.
-
Skrol bawah ke bahagian Kad Niaga, kemudian dwiklik satu templat.
Nombor di bahagian bawah setiap halaman menunjukkan kertas kad niaga komersial yang direka bentuk untuk halaman tersebut. Anda boleh memadamkan halaman yang anda tidak mahu gunakan (klik Paparan , pilih Tunjukkan Imej Kecil Halaman, pilih halaman, kemudian tekan Delete).
Dwiklik teks ruang letak pada kad pertama, kemudian taipkan maklumat anda sendiri.
Pilih teks dan grafik pada kad yang diedit, kemudian dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, klik Himpun di bahagian bawah anak tetingkap.
Padamkan kotak teks bersebelahan kad.
-
Pilih kad niaga yang dihimpunkan, pilih Edit > Salin (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih Edit > Tampal.
Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci Command–C untuk salin dan Command–V untuk Tampal.
-
Seret salinan ke salah satu kad lain sehingga panduan penjajaran muncul.
Panduan penjajaran muncul apabila salinan baru dijajarkan secara mendatar dan menegak tepat dengan teks pada kad lain.
Tampal sekali lagi, kemudian ulang langkah 11 sehingga semua kad selesai.
Pilih Fail > Cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), pilih pencetak daripada menu pop timbul Pencetak, kemudian klik Cetak.