Hantar salinan dokumen
Anda boleh menghantar salinan dokumen melalui e-mel, AirDrop atau Mesej. Penerima boleh membuka dan mengubahsuainya mengikut keinginan mereka pada komputer dan peranti mereka sendiri, tetapi perubahan mereka tidak akan mempengaruhi dokumen asal atau sebarang salinan dokumen yang lain.
Jika penerima dokumen menggunakan perisian yang lain daripada anda, anda boleh memilih format lain untuk salinan yang anda hantar.
Jika anda mahu mengehadkan akses kepada salinan, anda boleh melindunginya dengan kata laluan atau menguncinya.
Hantar salinan
-
Klik Kongsi dalam bar alat (atau jika dokumen dikongsi di iCloud), pilih Hantar Salinan, kemudian pilih kaedah (E-mel, Mesej atau AirDrop).
Jika anda masih belum menyimpan dokumen, dialog Simpan muncul.
-
Pilih format dokumen, kemudian tentukan seting untuk format.
Beberapa jenis fail menawarkan pilihan untuk kualiti imej, pilihan format atau kata laluan.
Klik Seterusnya.
-
Beri sebarang maklumat yang diminta (contohnya, alamat e-mel jika anda menghantar e-mel).
Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun Mesej atau Mail, anda diminta untuk mendaftar masuk sebelum meneruskan.
Untuk AirDrop, penerima mesti menerima AirDrop anda sebelum dokumen dihantar.