Gunakan pelayan WebDAV untuk berkongsi dokumen

Jika anda mempunyai akses kepada pelayan WebDAV, anda boleh menyalin dokumen Pages anda terus ke atau daripada pelayan dalam format fail Pages ’09 (dari Mac sahaja), Microsoft Word atau PDF.

Anda boleh memindahkan dokumen daripada pelayan ke peranti iOS anda dalam format fail Pages '09, Word atau teks biasa (.txt) Anda boleh mengakses pelayan WebDAV dalam pengurus dokumen pada peranti iOS anda.

Sebelum anda boleh memindahkan fail menggunakan pelayan WebDAV, anda hendaklah menyediakannya dahulu supaya boleh diakses dalam Pages pada peranti iOS.

Bersambung ke pelayan WebDAV daripada Mac

  • Dalam Finder, pilih Jalankan > Sambung ke Pelayan, taipkan alamat pelayan dalam medan Alamat Pelayan, kemudian klik Sambung.

Alamat pelayan perlu berada dalam bentuk yang serupa dengan ini:

http://servername.com/path/

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai menggunakan WebDAV pada Mac dalam Pusat Bantuan pada Mac anda. Pilih Bantuan > Bantuan Mac > Pusat Bantuan, kemudian carian WebDAV.

Sediakan pelayan WebDAV dalam Pages pada peranti iOS

  1. Pilih pengurus dokumen, ketik Butang tambah dalam bar alat.

  2. Ketik Salin daripada WebDAV, kemudian ketik alamat pelayan (alamat web atau URL).

  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.

  4. Ketik Daftar Masuk.

Selepas anda mendaftar masuk ke pelayan WebDAV anda, anda boleh menyalin fail ke atau dari pelayan tanpa perlu mendaftar masuk lagi. Anda kekal didaftar masuk dalam pelayan yang anda sediakan sehingga anda mengetik Daftar Keluar.

Untuk mendaftar masuk ke pelayan WebDAV lain, daftar keluar daripada pelayan semasa dan sediakan yang lain.

Salin dokumen ke pelayan WebDAV anda dari peranti iOS

  1. Buka Pages pada peranti anda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada iPad, jika dokumen terbuka: Ketik Butang menu kongsi (atau ketik Butang menu kongsi jika dokumen dikongsi pada iCloud), kemudian ketik Hantar Salinan.

    • Pada iPhone atau iPod touch, jika dokumen terbuka: Ketik Butang Alat, ketik Kongsi dan Cetak, kemudian ketik Hantar Salinan.

    • Jika dokumen tertutup: Ketik Butang menu kongsi dalam pengurus dokumen, ketik Hantar Salinan, kemudian ketik dokumen yang anda mahu pindahkan.

  2. Ketik WebDAV, kemudian ketik format dokumen.

    Jika pelayan WebDAV anda masih belum disediakan dalam Pages, masukkan maklumat yang diperlukan dan daftar masuk.

  3. Ketik folder yang ingin anda simpan dokumen tersebut.

  4. Ketik Salin di sebelah kanan atas.

Salin dokumen dari pelayan WebDAV anda ke peranti iOS

  1. Dalam pengurus dokumen, ketik Butang tambah dalam bar alat, kemudian ketik Salin daripada WebDAV.

    Jika pelayan WebDAV anda masih belum disediakan dalam Pages, masukkan maklumat yang diperlukan dan daftar masuk.

  2. Cari dokumen yang anda mahu salin dengan mengetik folder tempat dokumen berada.

    Jika tiada fail atau folder disenaraikan, pelayan adalah kosong.

  3. Ketik dokumen yang anda mahu salin.

    Dokumen dimuat turun dan muncul dalam pengurus dokumen.

Pages boleh membuka dokumen yang disimpan menggunakan beberapa jenis penyulitan fail yang terdapat dalam Microsoft Office 97 atau yang lebih baru. Sekiranya anda tidak boleh membuka dokumen Microsoft Word yang disulitkan, cuba ubah jenis penyulitan atau pilihan penyulitan yang digunakan, kemudian simpan ia sekali lagi sebelum membukanya dalam Pages.

Pages tidak mengimport jenis fail format teks kaya (.rtf). Tukar fail .rtf kepada jenis fail lain yang disokong sebelum mengimportnya ke dalam Pages.

Padamkan fail dari pelayan WebDAV dari peranti iOS

  1. Dalam pengurus dokumen, ketik Butang tambah, kemudian ketik Salin daripada WebDAV.

  2. Cari dokumen yang anda mahu padamkan dengan mengetik folder dokumen tersebut.

  3. Leret jari anda merentas nama fail, kemudian ketik butang Padam yang muncul.

    Anda hanya boleh memadam fail dengan cara ini, bukannya folder. Tindakan ini tidak boleh dibatalkan.