Buat asal dan buat semula perubahan
Anda boleh membuat asal sebarang perubahan atau membuatnya semula jika anda mengubah fikiran anda.
Buat asal dan buat semula tindakan
Buat asal tindakan terakhir: Pilih Edit > Buat Asal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda) atau tekan Command-Z.
Buat semula tindakan terakhir yang anda membuat asal: Pilih Edit > Buat Semula (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda) atau tekan Command-Shift-Z.
Jika anda tidak mahu menyimpan dokumen yang anda masih belum simpan, tutup dokumen, kemudian klik Padam dalam dialog simpan.
Jika anda membuka dokumen sedia ada, mengeditnya, kemudian memutuskan anda tidak mahu menyimpan sebarang perubahan anda, anda boleh mengembalikan dokumen kepada keadaan semasa anda membukanya.