Buat dan buka dokumen
Setiap dokumen Pages bermula dengan templat, tataletak yang telah direka bentuk yang termasuk teks ruang letak, imej dan elemen lain dengan gaya khusus—warna, jidar, bayang dan lain-lain—digunakan padanya. Elemen ruang letak memberi anda idea mengenai rupa dokumen yang dicipta dengan templat apabila anda menggunakan gaya teks dan objeknya. Selepas anda memilih templat, anda boleh menggantikan elemen ruang letak dengan kandungan anda sendiri, termasuk teks, foto, bentuk dan banyak lagi, kemudian ubah suai gayanya mengikut keinginan anda.
Templat direka bentuk untuk sama ada pemprosesan perkataan (dokumen yang kebanyakannya teks, seperti surat atau laporan) atau tataletak halaman (dokumen dengan elemen grafik, seperti risalah atau poster).
Anda juga boleh menggunakan Pages untuk membuka dan mengedit dokumen Microsoft Word (docx) dan mengeksport dokumen Pages kepada format lain, seperti Word, PDF dan ePub.
Cipta dokumen baru
-
Buka Pages, kemudian klik Dokumen Baru di bahagian bawah dialog Pages—Dokumen.
Jika anda tidak dapat melihat dialog Pages—Dokumen, pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Dwiketik templat untuk membukanya.
Untuk melihat templat yang disusun mengikut jenis dokumen, klik kategori di sebelah kiri.
-
Apabila dokumen baru dibuka, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk templat kosong: Mula menaip.
-
Untuk templat dengan teks dan imej ruang letak: Klik teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri. Klik pada imej untuk menggantikan imej ruang letak dengan imej anda sendiri.
Petua: Untuk membuat asal perubahan anda, Pilih Edit > Buat Asal atau Edit > Buat Semula (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Apabila anda sedia untuk menutup dokumen, klik butang tutup di penjuru kiri atas tetingkap, kemudian taipkan nama dan pilih lokasi untuk dokumen anda.
Jika iCloud disediakan pada Mac anda, Pages menyimpan ke iCloud secara lalai, tetapi anda boleh menyimpannya ke Mac anda juga. Anda boleh menukar lokasi dokumen pada bila-bila masa.
Buka dokumen sedia ada
Anda boleh membuka dokumen Pages yang disimpan pada Mac anda atau dalam iCloud.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Dwiklik dokumen Pages pada Mac anda.
Pilih Fail > Buka Terbaru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih dokumen. Pages menunjukkan sepuluh dokumen terakhir yang anda buka.
Seret dokumen ke ikon Pages dalam Dock atau dalam folder Aplikasi.
-
Pilih Fail > Buka, klik iCloud atau Pada Mac Saya, kemudian dwiklik dokumen.
Anda boleh menggunakan butang di bahagian bawah tetingkap untuk bertukar antara imej kecil dan paparan senarai. Jika dokumen dimalapkan dan tidak dapat dipilih, ia tidak dapat dibuka oleh Pages.
Dokumen yang disimpan ke iCloud tidak disimpan pada komputer anda. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan iCloud, lihat Gunakan iCloud dengan Pages.
Sentiasa cipta dokumen baru daripada templat khusus
Anda boleh mengesetkan keutamaan dalam Pages untuk sentiasa membuka dokumen baru dalam templat tertentu berbanding daripada pemilih templat.
Dalam Pages, pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Klik Umum, kemudian pilih butang radio “Gunakan templat”.
Pada kali pertama anda mengesetkan keutamaan ini, templat Kosong dipilih. Jika anda menukar seting ini sebelum ini, templat terakhir yang anda pilih akan dipilih.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tutup tetingkap keutamaan untuk menggunakan templat yang dipilih sekarang.
Klik Tukar Templat, pilih templat, klik Pilih, kemudian tutup tetingkap keutamaan.
Walaupun keutamaan ini disetkan, anda masih boleh memilih templat berlainan untuk dokumen baru. Tahan kekunci Option, kemudian pilih Fail > Baru Daripada Pemilih Templat (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer).
Selepas anda memilih templat dan mula mengeditnya, anda tidak dapat memilih templat lain untuk dokumen. Jika anda memutuskan untuk tidak menggunakan templat yang anda buka, tutup templat (jika anda membuat sebarang perubahan padanya, klik Padam dalam dialog), kemudian buka yang lain.
Jika anda memulakan dengan satu jenis templat dan kemudian mengubah pilihan anda, anda boleh menukar templat daripada satu jenis kepada jenis yang lain.