Pages sekilas pandang
Pages memudahkan anda mencipta dokumen yang cantik. Mula dengan salah satu templat, kemudian ubah suainya mengikut kesukaan anda. Setiap templat datang dengan gaya yang sedia direka bentuk—set warna, jidar, kesan yang diselaraskan dan seterusnya—untuk teks, foto, bentuk dan objek lain.
Apabila anda memilih objek, anda melihat kawalan pemformatannya di sebelah kanan, dalam pemeriksa Format. Ia hanya menunjukkan kawalan yang anda perlukan untuk objek yang dipilih.
Anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa format memaparkan enam reka bentuk alternatif untuk objek yang dipilih. Hanya klik salah satu alternatif untuk menukar rupa objek.
Gunakan kawalan lain dalam pemeriksa Format untuk menyesuaikan objek mengikut keinginan anda. Anda boleh menyimpan tetapan anda sebagai gaya baru, yang menyediakannya dalam Pemeriksa format agar anda boleh menggunakannya pada objek lain. Anda juga boleh menyimpan keseluruhan dokumen sebagai templat baru.