Zum dokumen atau lihat Pages dalam skrin penuh
Anda boleh zum masuk atau keluar pada dokumen agar sesuai dengan keperluan anda dan melihat Pages dalam skrin penuh.
Zum masuk atau keluar pada dokumen
Anda boleh memperbesarkan (zum masuk) atau mengurangkan (zum keluar) pandangan keseluruhan dokumen anda. Contohnya, zum masuk untuk memfokus pada penalaan halus peletakan kapsyen atau zum keluar untuk mengusahakan tataletak dokumen anda.
-
Pilih pilihan daripada menu pop timbul Zum dalam bar alat.
Peratusan: Dokumen diperbesarkan atau dikurangkan kepada peratusan tertentu.
Muat Lebar: Dokumen dilaraskan agar mengisi tetingkap Pages secara mendatar.
Muat Halaman: Dokumen dilaraskan untuk menunjukkan keseluruhan halaman secara menegak.
Setkan paras zum lalai
Secara lalai, dokumen Pages dibuka pada 125%, tetapi anda boleh menukar seting tersebut.
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda).
Klik Umum, kemudian pilih peratusan daripada menu pop timbul Zum Lalai.
Lihat Pages dalam skrin penuh
Anda boleh mengembangkan tetingkap Pages agar mengisi keseluruhan skrin komputer.
Pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda) atau klik butang skrin penuh (dua anak panah pepenjuru) di penjuru kanan atas tetingkap Pages.
Gerakkan penuding ke bahagian atas skrin untuk melihat menu Pages dan kawalan bar menu lain.
Tekan Escape untuk kembali kepada paparan biasa.