Gunakan gaya objek
Cara yang pantas untuk menukar rupa objek ialah dengan menggunakan gaya objek padanya. Setiap templat termasuk gaya objek—gabungan warna, jidar, bayang dan atribut lain—yang sepadan dengan templat.
Jika anda menyesuaikan rupa objek (kotak teks, bentuk, imej atau filem) dan mahu menggunakan perubahan yang sama ini pada objek lain dalam dokumen anda, anda boleh mencipta gaya objek baru. Gaya baru disimpan bersama-sama gaya objek yang datang dengan templat.
Gunakan gaya objek
-
Pilih objek, kemudian klik gaya di bahagian atas anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format (klik anak panah kiri atau kanan untuk melihat lebih banyak gaya).
Jika objek termasuk teks, tetapi anda mahu menggunakan gaya bentuk sahaja padanya (contohnya warna dan jidar), Control-klik imej kecil gaya, kemudian pilih Gunakan Gaya Bentuk Sahaja.
Cipta gaya objek baru
Pilih objek dengan perubahan yang anda mahu simpan.
-
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, klik untuk menambah gaya anda.
Anda mungkin perlu menavigasi ke anak tetingkap gaya terakhir dengan mengklik segi tiga di sebelah kanan gaya.
Gaya muncul terakhir, tetapi anda boleh menyeretnya ke lokasi lain. Lihat tugas seterusnya untuk mengetahui caranya.
Susun dan padamkan gaya objek
Anda boleh menukar susunan gaya objek dalam anak tetingkap Gaya dan memadamkan sebarang yang anda tidak mahu.
Klik dan tahan gaya yang anda mahu keluarkan sehingga kotak kelabu muncul di sekelilingnya kemudian hilang.
Seret gaya ke lokasi baru.
Untuk memadamkan gaya, Control-klik padanya, kemudian pilih Padam Gaya.
Untuk mengalihkan gaya daripada satu anak tetingkap kepada yang lain, seretnya ke atas anak panah untuk membuka anak tetingkap lain, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukan.
Gantikan gaya
Untuk menukar rupa semua objek yang mempunyai gaya yang sama digunakan dengan cepat, tentukan semula gaya dan kemudian gunakannya pada semua objek.
Pilih salah satu objek yang gayanya anda mahu tukar, kemudian ubah suai penampilannya agar ia kelihatan mengikut keinginan anda.
Pilih objek yang anda baru ubah suai (jika anda menyahpilihnya).
Dalam anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format, Control-klik gaya yang digunakan pada masa ini, kemudian pilih Tentukan Semula Gaya daripada Pilihan.
-
Klik OK.
Semua objek yang menggunakan gaya dikemas kini.