Sauhkan objek pada halaman atau teks

Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada halaman. Foto, bentuk, carta dan kotak teks ialah beberapa contoh objek.

Objek mesti disauhkan pada salah satu daripada yang berikut:

  • Lokasi tertentu pada halaman. Menambah teks atau objek lain tidak memberi kesan pada kedudukan objek.

  • Teks tertentu. Objek bergerak bersama teks yang berkaitan dengannya dan penanda muncul dalam teks yang objek tersebut disauhkan.

Anda boleh menukar cara objek disauhkan dan menentukan cara teks dibalut di sekeliling objek dengan mudah. Anda juga boleh meletakkan objek sebaris dengan teks agar sisi bawahnya berada pada garis dasar teks.

Anak tetingkap Susun pada pemeriksa Format dengan kawalan untuk peletakan objek dan balutan teks

Sauhkan objek pada halaman atau teks

  1. Pilih objek.

  2. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, klik pilihan dalam seksyen Peletakan Objek:

    • Kekal di Halaman: Objek kekal di lokasi tetap. Anda boleh menyeret objek ke mana-mana sahaja anda inginkan pada halaman dan ia kekal berada di sana tidak kira teks yang mengalir di sekelilingnya.

    • Gerak dengan Teks: Objek kekal di kedudukannya berhubungan dengan teks yang disauhkan padanya.

      Jika dokumen disetkan untuk menunjukkan halimunan atau jika anda memilih objek, anda akan melihat penanda dalam teks yang objek tersebut disauhkan. Anda tidak boleh menyeret penanda ke lokasi lain.

Balut teks sekeliling objek

  1. Pilih objek.

  2. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, pilih pilihan daripada menu pop timbul Balut Teks:

    • Automatik: Objek menggunakan mana-mana pilihan balut teks yang kelihatan paling sesuai untuk penempatan objek berhubungan dengan halaman dan teks di sekelilingnya.

    • Di sekeliling: Teks mengalir pada semua sisi objek.

    • Di atas dan Di bawah: Teks mengalir di atas dan di bawah objek, tetapi bukan pada sisi.

    • Sebaris dengan Teks: Objek berada pada garis dasar teks dan bergerak dengan teks. Jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan Gerak dengan Teks dipilih.

    • Tiada: Objek tidak memberi kesan pada aliran teks.

  3. Jika objek bukan segi empat dan anda mahukan teks mengikuti garis kasar objek, klik butang Muat Teks di sebelah kanan.

  4. Untuk menukar amaun jarak antara teks dan objek, laraskan nilai dalam medan Jarak.

  5. Jika objek mempunyai saluran alfa (kelutsinaran), anda boleh menjadikan teks kelihatan menerusi kawasan lutsinar dengan melaraskan nilai dalam medan Alfa.