Setkan keutamaan pembaris
Anda boleh mengesetkan pembaris untuk menggunakan tokokan berlainan (poin, inci, sentimeter) atau menunjukkan tanda rait sebagai peratusan. Anda juga boleh meletakkan sifar di bahagian tengah pembaris, yang mungkin berguna jika anda mereka bentuk dokumen tataletak halaman.
Dokumen pemprosesan perkataan hanya menunjukkan pembaris mendatar secara lalai, tetapi anda juga boleh mengesetnya untuk menunjukkan pembaris menegak.
Setkan tokokan pembaris
Apabila anda mengesetkan keutamaan unit untuk pembaris dalam Pages, ia digunakan pada semua dokumen. Anda boleh menukar keutamaan pada bila-bila masa, walaupun jika anda mempunyai dokumen terbuka.
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian klik Pembaris.
-
Pilih tokokan daripada menu pop timbul Unit.
Untuk menunjukkan tanda pembaris sebagai peratusan halaman, pilih kotak semak “Paparkan unit pembaris sebagai peratusan”.
Letakkan sifar di pusat pembaris
Anda boleh meletakkan sifar di pusat pembaris agar unit pembaris tersebut meningkatkan ke kiri dan kanan.
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda), klik Pembaris, kemudian pilih kotak semak "Tempatkan asal pada pusat pembaris".
Tunjukkan pembaris menegak
Dokumen tataletak halaman mempunyai pembaris mendatar dan juga menegak. Anda boleh mengaktifkan keutamaan untuk dokumen pemprosesan perkataan untuk turut memaparkan pembaris menegak.
Jika tiada pembaris kelihatan, klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Pembaris.
Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda), klik Pembaris, kemudian pilih kotak semak "Dayakan pembaris menegak untuk dokumen dengan teks isi".