Tambah dan edit imej
Anda boleh menambah foto dan grafik pada dokumen dari pustaka iPhoto atau Aperture anda atau menyeretnya dari tapak web atau dari Finder. Anda boleh memangkas imej dengan menopeng keluar bahagian yang anda tidak mahukan dan membuat pelarasan pada latar belakang serta pendedahannya.
Tambah imej
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Seret imej dari Finder atau halaman web ke halaman atau pada imej ruang letak.
-
Klik Media dalam bar alat, kemudian seret imej daripada pustaka iPhoto atau Aperture anda.
Anda boleh mengklik kaca pembesar untuk mencari imej dalam pustaka iPhoto atau Aperture anda.
Klik di penjuru kanan bawah ruang letak imej, kemudian pilih imej yang anda mahu tambah.
Topeng (pangkas) foto
Menopeng ialah cara untuk menyembunyikan bahagian yang tidak diingini imej tanpa mengubah suai imej itu sendiri. Gunakan kawalan topeng untuk membingkai bahagian imej yang anda mahukan kelihatan sahaja.
-
Dwiklik imej.
Kawalan topeng muncul. Topeng lalai bersaiz sama dengan seperti imej anda.
-
Gunakan kawalan untuk menukar bahagian imej yang kelihatan.
Klik Selesai.
Anda boleh mereset topeng pada bila-bila masa dengan mendwiklik imej bagi mendedahkan kawalan pemangkasan. Atau, anda boleh memilih imej, kemudian klik Edit Topeng dalam anak tetingkap Imej pada pemeriksa Format.
Keluarkan latar belakang dan elemen lain daripada foto
Gunakan alat Alfa Segera untuk membuatkan sebahagian imej lutsinar. Ciri ini berguna untuk mengeluarkan latar belakang atau warna yang tidak diingini daripada imej.
Pilih imej.
Dalam anak tetingkap Imej pada Pemeriksa Format, klik Alfa Segera.
-
Pada imej, klik warna yang anda mahu keluarkan, kemudian seret dengan perlahan ke atasnya (sambil anda seret, pilihan berkembang untuk merangkumi kawasan yang menggunakan warna yang serupa).
Keluarkan semua warna (termasuk dalam bahagian lain pada imej): Tekan kekunci Option semasa anda menyeret.
Tambah warna kembali ke imej: Tekan kekunci Shift semasa anda menyeret.
Klik Selesai, atau klik Reset untuk memulihkan imej kepada keadaan asalnya.
Laraskan pendedahan, ketepuan dan seting imej lain
Pilih imej.
-
Dalam anak tetingkap Imej pada Pemeriksa Format, gunakan kawalan untuk membuat pelarasan:
Pendedahan: Menukar kecerahan atau kegelapan keseluruhan imej.
Ketepuan: Menukar kekayaan warna dalam imej. Menyeret ke kanan membuatkan warna lebih kaya atau lebih terang.
Tingkatkan Laraskan imej secara automatik dengan menyebarkan ton merah, hijau dan biru secara sekata merentas histogram.
-
Untuk melihat histogram imej dan melaraskan lebih banyak ciri lanjutan seperti paras, gama, suhu dan tinta, klik .
Untuk memulihkan seting asal, klik Reset Imej.
Petua: Anda boleh menambah butang ini pada bar alat: Laraskan Imej, Alfa Segera dan Topeng. Anda juga boleh membuka anak tetingkap Laraskan Imej dalam tetingkap berasingan yang boleh anda gerakkan ke mana-mana sahaja. Pilih Paparan > Tunjukkan Laraskan Imej (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda).