Tambah dan jajarkan teks dalam objek
Anda boleh menambah teks di dalam bentuk, kotak teks atau sel jadual, kemudian jajarkannya secara mendatar dan menegak dalam ruang.
Tambah teks dalam bentuk
-
Dwiklik bentuk untuk memunculkan titik pemasukan, kemudian taipkan teks anda.
Jika terdapat terlalu banyak teks untuk dipaparkan dalam bentuk, penunjuk pemotongan (+) muncul. Untuk mensaiz semula bentuk, klik padanya, kemudian seret sebarang pemegang pilihan sehingga semua teks ditunjukkan.
Anda boleh memformatkan teks di dalam bentuk sama seperti sebarang teks lain. Pilih teks, kemudian gunakan alat dalam anak tetingkap teks pada Pemeriksa Format untuk menukarnya.
Jajarkan teks dalam kotak teks, bentuk atau sel jadual
Pilih teks.
-
Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Gaya, kemudian klik butang penjajaran yang anda mahukan.