Tambah video dan audio

Anda boleh menambah video daripada pustaka iPhoto atau Aperture anda dari folder Filem anda dan setkan Pages untuk mengoptimumkan filem untuk iOS secara automatik. Anda juga boleh menambah audio daripada iTunes pada dokumen anda.

Nota: Fail audio dan video mestilah dalam format yang disokong oleh QuickTime. Jika anda tidak boleh menambah fail, cuba gunakan iMovie, QuickTime Player atau Compressor terlebih dahulu untuk menukar fail kepada format yang disokong. Untuk maklumat lanjut, pergi ke Format media yang disokong oleh pemain QuickTime Player.

Tambah video atau audio

  • Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Seret fail media daripada Finder ke mana-mana tempat pada halaman atau ke ruang letak media.

    • Klik Media Butang media dalam bar alat, pilih Foto, Muzik atau Filem, kemudian seret fail untuk meletakkannya di mana-mana tempat pada halaman atau pada ruang leta.

      Anda boleh mengklik kaca pembesar untuk mencari media.

Laraskan main balik media

  1. Pilih fail audio atau video pada halaman.

  2. Dalam anak tetingkap Filem atau Audio pada Pemeriksa Format, seret gelangsar Kelantangan untuk melaraskan kelantangan main balik.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Edit Audio atau Edit Filem, kemudian seret gelangsar Pangkas untuk menukar panjang audio atau video.

  4. Pilih pilihan daripada menu pop timbul Ulang:

    • Tiada: Media dimainkan sekali, kemudian dihentikan.

    • Gelung: Media dimainkan berterusan pada halaman sehingga anda beralih ke halaman seterusnya.

    • Gelung Ke Depan dan Belakang: Media dimainkan ke hadapan, kemudian dimainkan secara berundur. Media terus dimainkan ke depan dan belakang sehingga halaman berubah.

Optimumkan filem untuk iOS

Anda boleh mengesetkan keutamaan dalam Pages bagi menukar filem secara automatik dalam dokumen anda kepada H.264 (720 p) agar ia dapat dimainkan pada peranti iOS.

  1. Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Klik Umum, kemudian pilih kotak semak bersebelahan “Optimumkan filem untuk iOS.”