Laraskan tanda dan label pada carta
Terdapat beberapa jenis tanda carta dan label paksi yang anda boleh tambah pada carta anda. Anda boleh mengubah suai rupanya untuk menyerlahkan data anda.
Edit tajuk carta
Carta mempunyai tajuk ruang letak ("Tajuk") yang tersembunyi secara lalai. Anda boleh menunjukkan dan menamakan semula tajuk carta.
Pilih carta.
Dalam anak tetingkap Carta pada Pemeriksa Format pilih kotak semak Tajuk.
Dwiklik tajuk ruang letak kemudian taipkan tajuk anda sendiri.
Untuk menukar rupa tajuk, seperti fon, saiz dan warnanya, dwiklik tajuk sekali lagi, kemudian gunakan alat dalam anak tetingkap Tajuk Carta pada pemeriksa Format untuk membuat perubahan.
Tambah dan ubah suai label nilai carta
Car bar, lajur, garis, kawasan dan pai mempunyai label yang menunjukkan nilai titik data tertentu. Secara lalai, label nilai ini tersembunyi untuk carta baru, tetapi anda boleh membuatkannya kelihatan dan menentukan format (contohnya, nombor, mata wang atau peratusan), menukar fon dan warnanya dan banyak lagi.
Pilih carta.
-
Dalam anak tetingkap Siri pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Label Nilai, kemudian pilih format nombor daripada menu pop timbul.
Nota: Bergantung pada jenis carta, seksyen ini mungkin mempunyai nama lain. Contohnya, carta gelembung interaktif mempunyai Label Gelembung.
-
Gunakan kawalan lain untuk membuat pelarasan lanjutan pada label.
Tambah akhiran atau awalan: Apa-apa yang anda masukkan akan ditambah di depan atau di hujung label.
Tentukan tempat nombor muncul: Pilih pilihan daripada menu pop timbul Lokasi.
Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.
-
Untuk menukar fon, warna dan gaya label, klik mana-mana label nilai pada carta.
Semua label nilai untuk siri tersebut dipilih.
-
Dalam anak tetingkap Label Nilai pada pemeriksa Format, gunakan kawalan untuk membuat perubahan.
Hanya label untuk siri data yang dipilih akan diubah suai. Untuk menukar label untuk siri lain, klik salah satu daripada labelnya, kemudian lakukan perubahan.
Untuk memilih berbilang siri, pilih satu, kemudian Command-klik yang lain. Untuk memilih semua siri, pilih satu, kemudian tekan Command-A.
Jika anda menukar fon untuk keseluruhan carta, fon untuk label nilai turut berubah.
Petua: Anda boleh mencipta format tersuai untuk memaparkan nombor atau tarikh dan masa.
Tambah dan ubah suai label baji carta pai
-
Pilih carta.
Untuk membuat perubahan pada satu baji sahaja, klik padanya.
-
Dalam anak tetingkap Baji pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Label, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tunjukkan label titik data: Pilih kotak semak Nama Titik Data.
Tunjukkan nilai data: Pilih kotak semak Nilai.
-
Tukar format nombor: Pilih format daripada menu pop timbul Format Data Nilai.
Jika anda mahukan label nilai sepadan dengan format data asal dalam jadual, pilih Sama seperti Data Sumber.
-
Gunakan kawalan lain untuk membuat pelarasan lanjutan pada label:
Tambah akhiran atau awalan: Apa-apa yang anda masukkan akan ditambah di depan atau di hujung label.
Tukar kedudukan label: Laraskan Jarak dari pusat gelangsar untuk menentukan tempat nombor muncul.
Tunjukkan bar ralat
Bar ralat mewakili tanda kecil yang panjangnya menunjukkan amaun ketidakpastian yang dikaitkan dengan siri data yang ditentukan (keberubahan data). Bar ini memberi anda tanggapan am mengenai ketepatan data anda.
Pilih carta.
Dalam anak tetingkap Siri pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bar Ralat, kemudian pilih jenis bar ralat daripada menu pop timbul.
Pilih cara nilai ralat dikira daripada menu pop timbul kedua dan tukar julat jika anda mahukan.
-
Untuk menukar rupa bar ralat, klik bar ralat.
Semua bar ralat untuk elemen dalam siri yang sama dipilih.
-
Dalam Anak Tetingkap Bar Ralat untuk Pemeriksa Format, gunakan kawalan dalam bahagian Gaya Bar dan Bayang untuk membuat perubahan.
Ulangi langkah 4 dan 5 untuk menukar rupa bar ralat untuk siri lain.
Tunjukkan garis aliran
Garis aliran menunjukkan kepada anda arah keseluruhan (atau aliran) data anda. Garis aliran kebanyakannya digunakan untuk membuat keputusan pelaburan kewangan.
Pilih carta.
Dalam anak tetingkap Siri pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Garis Aliran, kemudian pilih jenis garis aliran daripada menu pop timbul.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tunjukkan nama untuk garis aliran: Pilih kotak semak Nama, kemudian taipkan nama dalam medan. Nama yang anda taipkan muncul untuk semua garis aliran pada carta. Untuk menukar nama, dwikliknya pada carta, kemudian taipkan yang baru.
Tunjukkan persamaan atau nilai R2: Pilih kotak semak Tunjukkan Persamaan atau Nilai R2.
Untuk menukar rupa garis aliran, klik garis agar anda dapat melihat titik putih di kedua-dua hujung, kemudian dalam anak tetingkap Garis Aliran pada Pemeriksa Format, gunakan kawalan dalam bahagian Goresan dan Bayang untuk membuat perubahan.
Ubah suai label paksi carta dan garis grid
Kebanyakan carta mempunyai tanda paksi, yang boleh anda ubah suai melalui beberapa cara. Anda juga boleh menukar label yang muncul pada paksi, sudut label, julat dan kekerapan tanda dan banyak lagi. Anda juga boleh mengesetkan sama ada untuk menunjukkan garis grid carta dan menentukan rupanya.
Pilih carta.
-
Dalam anak tetingkap Paksi pada Pemeriksa Format, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ubah suai tanda pada paksi nilai: Klik Nilai (Y) di bahagian atas anak tetingkap.
Ubah suai tanda pada paksi kategori: Klik Kategori (X) di bahagian atas anak tetingkap.
-
Gunakan kawalan dalam anak tetingkap untuk membuat pelarasan.
Untuk melihat semua pilihan, klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri tajuk bahagian.
Jika anda telah mengaktifkan Nama Paksi dan mahu menukar nama paksi ruang letak yang ditambah, klik tiga kali nama pada carta, kemudian taipkan nama anda sendiri.
Tambah petunjuk carta
Pilih carta, kemudian dalam anak tetingkap Carta pada Pemeriksa Format, pilih kotak semak Petunjuk dalam seksyen Pilihan Carta.
-
Hanya pilih petunjuk (klik carta, kemudian klik petunjuk) kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Gunakan alat dalam anak tetingkap Gaya untuk menukar rupa teks petunjuk, tambah isian latar belakang, tambah jidar dan banyak lagi.
Seret pemegang di sekeliling petunjuk untuk mensaiz semulanya.
Gunakan carta interaktif
Carta interaktif mempersembahkan data dalam peringkat agar anda boleh menekankan perhubungan antara kumpulan data. Carta interaktif boleh digunakan untuk menunjukkan data seperti jualan oleh kumpulan sepanjang satu tempoh masa, perbelanjaan oleh jabatan dan perubahan populasi mengikut negara dalam setiap benua. Contoh di bawah menunjukkan pertumbuhan tiga spesies semasa tempoh tiga tahun.
Anda boleh berinteraksi dengan carta menggunakan gelangsar dan butang atau butang sahaja.
Dalam anak tetingkap Carta pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Carta Interaktif, kemudian pilih pilihan daripada menu pop timbul.