Ubah suai rujukan data carta

Anda boleh mengubah suai rujukan data carta pada bila-bila masa dalam Editor Data Carta. Untuk mengedit carta, pastikan ia dibuka kunci.

Tambah, padamkan dan edit siri data

  1. Pilih carta, klik Edit Data Carta, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tambah siri data: Klik sel dalam baris atau lajur baru, kemudian masukkan data anda.

    • Padamkan siri data: Klik bar berwarna untuk baris atau lajur yang anda mahu padamkan, klik anak panah yang muncul, kemudian klik Padam Lajur atau Padam Baris (bergantung pada sama ada anda memplotkan baris atau lajur sebagai siri data).

    • Susun semula siri data: Seret bar berwarna untuk menyusun semula siri data carta.

  2. Tutup tetingkap Data Carta untuk kembali ke carta.

  3. Untuk menambah simbol mata wang atau pemformatan lain, klik Siri dalam Pemeriksa Format, kemudian pilih format nombor daripada menu pop timbul Label Nilai

    Bergantung pada format nombor yang anda pilih, pilihan pemformatan tambahan mungkin muncul.

Tukar baris dan lajur sebagai siri data:

Anda boleh menukar sama ada baris atau lajur menjadi siri data.

  1. Pilih carta, kemudian klik Edit Data Carta.

  2. Klik butang baris atau lajur di penjuru kanan atas tetingkap Data Carta.

    Editor data carta dengan butang Plot untuk memplotkan baris dan lajur.
  3. Tutup Editor Data Carta apabila anda selesai.

Kongsi paksi x untuk berbilang nilai sepanjang paksi y untuk carta serak dan gelembung

Berkongsi paksi x bermakna memplotkan satu jenis nilai sepanjang paksi x, sambil membenarkan berbilang jenis nilai diplotkan sepanjang paksi y.

  1. Pilih carta, kemudian klik Edit Data Carta.

  2. Klik Butang Konfigurasi, kemudian pilih Kongsi Nilai X.

  3. Tutup Editor Data Carta apabila anda selesai.