Cara untuk menggunakan operator rentetan dan kad bebas

Operator rentetan (&) boleh digunakan dalam formula dan kad bebas (*,?,~) boleh digunakan dalam syarat.

Rantaikan rentetan atau jadual kandungan

Beberapa contoh penggunaan operator rantai ialah

“Abc”&”Def” mengembalikan “AbcDef”.

“Abc”&A1 mengembalikan “Abc2” jika sel A1 mengandungi 2.

A1&A2 mengembalikan “12” jika sel A1 mengandungi 1 dan sel A2 mengandungi 2.

=B2&”, “&E2 mengembalikan “Last, First” jika B2 mengandungi “Last” dan E2 mengandungi “First.”

Menggunakan kad bebas untuk memadan sebarang aksara tunggal

Beberapa contoh penggunaan ? dalam corak yang sepadan ialah:

“Ea?” sepadan dengan sebarang aksara yang bermula dengan “Ea” dan mengandungi secara tepat satu aksara tambahan seperti “Ea2” atau “Eac”.

“Th?” sepadan dengan sebarang aksara yang bermula dengan “Th” dan mengandungi secara tepat satu aksara tambahan seperti “Then” atau “That”.

=COUNTIF(B2:E7,“?ip”) mengembalikan kiraan bilangan sel dalam julat B2:E7 yang mengandungi nilai yang bermula dengan aksara diikuti dengan “ip” seperti “rip” dan “tip.” Ia tidak sepadan dengan “drip” atau “trip.”

Menggunakan kad bebas untuk memadankan sebarang bilangan aksara

Beberapa contoh penggunaan * dalam corak yang sepadan ialah:

“*ed” sepadan dengan rentetan dengan sebarang kepanjangan yang berakhir dengan “ed” seperti “Ted” atau “Treed.”

=COUNTIF(B2:E7,“*it”) mengembalikan kiraan bilangan sel dalam julat B2:E7 yang mengandungi nilai yang tamat dengan “it” seperti “bit” dan “mit.” Ia tidak sepadan dengan “mitt.”

Aksara kad bebas yang sepadan

Beberapa contoh penggunaan ~ dalam corak yang sepadan ialah:

“~?” sepadan dengan tanda soalan, berbanding penggunaan tanda soalan untuk sepadan dengan sebarang aksara tunggal.

=COUNTIF(E,“~*”) mengembalikan kiraan nombor bagi sel dalam lajur E yang mengandungi aksara asterisk.

=SEARCH(“~?”,B2) mengembalikan 19 jika sel B2 mengandungi “That is a question? Yes it is!” memandangkan tanda soal ialah aksara ke 19 dalam rentetan.

Gunakan berbilang aksara kad bebas dalam syarat

Aksara kad bebas (? * ~) boleh digunakan bersama dalam ungkapan yang membenarkan syarat. Beberapa contoh ialah:

“*a?” sepadan dengan sebarang ungkapan yang mengandungi aksara “a” diikuti dengan sebarang aksara tunggal lain seperti “That,” “Cap” dan “Irregular.”

=COUNTIF(B2:E7,“*on?”) mengembalikan kiraan bilangan sel dalam julat B2:E7 yang mengandungi nilai yang bermula dengan sebarang bilangan aksara (termasuk tiada) diikuti dengan “on” dan kemudian aksara tunggal. Ini sepadan dengan perkataan seperti “alone,” “bone,” “one,” dan “none.” Ini tidak sepadan dengan “only” (yang mempunyai dua aksara selepas “on”) atau “eon” (yang tidak mempunyai aksara selepas “on”).