Cipta format sel tersuai
Anda boleh mencipta format sel anda sendiri untuk memaparkan nombor, teks dan tarikh dan nilai masa. Format tersuai anda disenaraikan dalam menu pop timbul Format Data agar anda boleh menggunakannya sekali lagi.
Cipta format nombor tersuai
Pilih sel atau julat sel yang anda mahu formatkan, kemudian dalam anak tetingkap Sel pada pemeriksa Format, pilih Cipta Format Tersuai daripada menu pop timbul Format Data.
Taipkan nama untuk format anda, kemudian pilih Nombor daripada menu pop timbul Jenis.
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut untuk menentukan format:
Taipkan teks dalam medan. Teks yang anda taip muncul dalam sel.
-
Seret token ke medan format tersuai. Token mewakili jenis maklumat yang akan anda masukkan dalam sel. Contohnya, jika anda memasukkan poskod AS ke dalam format tersuai, anda boleh menggunakan token integer dengan lima digit.
Anda juga boleh menyeret token dalam medan untuk menyusunnya semula.
-
Sesuaikan elemen token. Klik anak panah pada token untuk menunjukkan pilihan pemformatan, seperti jenis simbol mata wang atau bilangan digit untuk dipaparkan.
Tambah sehingga tiga peraturan untuk memformatkan sel secara berbeza berdasarkan pada syarat khusus yang anda tentukan.
Dalam contoh ini, semua nombor positif yang anda masukkan akan dipaparkan sebagai nombor telefon dengan kod kawasan (952). Apabila anda menaip “5555103” dalam sel, ia dipaparkan sebagai “(952) 555-5103.” Apabila anda menaip “0” dalam sel, sel menunjukkan “Tiada nombor dalam fail.”
Cipta format tarikh dan masa
Pilih sel atau julat sel, kemudian dalam anak tetingkap Sel pada pemeriksa Format, pilih Cipta Format Tersuai daripada menu pop timbul Format Data.
Taipkan nama untuk format anda, kemudian pilih Tarikh & Masa daripada menu pop timbul Jenis.
-
Tentukan format tersuai anda dengan melakukan mana-mana daripada yang berikut:
Taipkan teks dalam medan. Teks yang anda taip muncul dalam sel.
-
Seret token ke medan format tersuai. Token mewakili jenis maklumat yang akan anda masukkan dalam sel.
Anda juga boleh menyeret token dalam medan untuk menyusunnya semula.
Sesuaikan elemen token. Klik anak panah pada token untuk menunjukkan pilihan pemformatan untuk data.
Contoh ini menggunakan token hari dalam tahun (“5”) dan teks tersuai supaya apabila anda menaip “2/25/2014” dalam sel, sel akan memaparkan “56 hari dalam tahun.”
Format tarikh dan masa digunakan pada sel jika anda memasukkan nilai yang mengandungi sempang (-) atau garis condong (/), seperti “1/4/2014.”
Cipta format teks
Pilih sel atau julat sel, kemudian dalam anak tetingkap Sel pada pemeriksa Format, pilih Cipta Format Tersuai daripada menu pop timbul Format Data.
Taipkan nama untuk format anda, kemudian pilih Teks daripada menu pop timbul Jenis.
Dalam medan teks, taipkan teks yang anda mahu muncul secara automatik dalam setiap sel yang menggunakan format ini. Token biru “teks” mewakili teks yang anda taipkan dalam sel jadual.
Dalam contoh ini, teks “Maklumkan pengguna:” muncul sebelum sebarang teks yang anda taip dalam sel. Jika anda menaip “Perlu mengemas kini alamat” dalam sel jadual, sel memaparkan “Maklumkan pelanggan: Perlu mengemas kini alamat.”