Formatkan jadual untuk teks dwiarah

Pages menyokong teks dwiarah, maka anda boleh memasukkan dan edit teks yang ditulis daripada kiri ke kanan (seperti bahasa Inggeris atau China) dan dari kanan ke kiri (seperti dalam bahasa Arab atau Ibrani) dalam dokumen yang sama. Anda juga boleh menggunakan teks dwiarah dalam sel jadual dan anda boleh menterbalikkan arah jadual untuk menyesuaikan bagi bahasa berlainan.

Arah teks dalam sel jadual adalah berdasarkan arah sel kiri atas dalam jadual kiri ke kanan atau sel kanan atas dalam jadual kanan ke kiri. Jika salah satu sel tersebut kosong, arahnya adalah berdasarkan pada papan kekunci semasa (disetkan dalam menu Input).

Tukar arah teks dalam jadual

Anda boleh menukar arah teks dalam sel yang dipilih.

  • Pilih sel, kemudian dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Butang arah perenggan.

    Anda mungkin perlu mengklik butang Gaya berhampiran bahagian atas anak tetingkap untuk melihat kawalan.

    Butang dwiarah

Terbalikkan arah jadual

Anda boleh menukar arah jadual agar baris pengepala, susunan lajur dan elemen jadual lain diterbalikkan.

  • Pilih jadual, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Pilih Format > Jadual > Terbalikkan Arah Jadual (daripada menu Format berada di bahagian atas skrin komputer anda).

    • Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, klik butang Arah Jadual di bahagian bawah anak tetingkap.

Apabila anda menterbalikkan susunan jadual, penjajaran sel dipengaruhi seperti berikut:

  • Sel teks yang disetkan kepada jajar auto (seting lalai) menukar penjajaran teksnya.

  • Sel nombor yang disetkan kepada jajar auto (seting lalai) tidak menukar penjajaran nombornya. (Nombor sentiasa dijajarkan automatik kepada jajar kanan.)

  • Jika penjajaran sel ialah dijajarkan kanan, kiri atau tengah, ia mengekalkan penjajaran tersebut.

  • Jika penjajaran sel adalah diwajarkan, jurang untuk garis separa berubah daripada berada di kanan kepada berada di kiri.