Saiz semula, alihkan dan kunci jadual
Apabila anda mengklik jadual, kawalan muncul di sekelilingnya agar anda boleh memilih, mengalihkan dan mensaiz semulanya.
Pilih jadual
Klik jadual, kemudian klik di penjuru kiri atasnya.
Tiga pemegang pilihan (segi empat putih kecil) muncul di pinggir jadual apabila ia dipilih.
Saiz semula jadual
Mensaiz semula jadual menjadikan jadual lebih besar atau lebih kecil; ia tidak menukar bilangan baris dan lajur yang terkandung dalamnya.
Pilih jadual.
-
Seret sebarang pemegang pilihan (segi empat putih) pada pinggir jadual untuk menjadikan jadual lebih besar atau kecil.
Untuk mensaiz semula baris dan lajur secara serentak, seret titik di penjuru. Untuk mensaiz semula jadual secara berkadaran, Shift-seret segi empat putih di penjuru.
Alihkan jadual
Klik jadual.
Seret di penjuru kiri atas untuk mengalihkan jadual ke tempat anda mahukan.
Kunci dan buka kunci jadual
Anda boleh mengunci jadual agar ia tidak boleh diedit, dialihkan atau dipadamkan.
Kunci jadual: Pilih jadual, kemudian dalam anak tetingkap Susun pada pemeriksa Format, klik Kunci.
Buka kunci jadual: Klik jadual, kemudian klik Buka Kunci.