Tambah dan susun semula baris dan lajur jadual

Terdapat tiga jenis baris dan lajur dalam jadual:

  • Baris dan lajur Pengepala ialah pilihan dan digunakan untuk label yang mengenal pasti kandungan setiap baris dan lajur. Data dalam sel pengepala tidak digunakan dalam formula. Jadual boleh mengandungi sehingga lima baris pengepala dan lima lajur pengepala.

  • Baris dan lajur isi mengandungi data jadual. Jadual mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu baris dan lajur isi.

  • Baris pengaki muncul di bahagian bawah jadual.

Jika jadual merentang ke berbilang halaman, anda boleh setkan baris pengepala agar ia muncul di bahagian atas jadual pada setiap halaman.

Tambah dan keluarkan lajur dan baris

Klik jadual, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tambah atau keluarkan lajur pada sebelah kanan jadual: Klik Pemegang lajur, kemudian klik anak panah untuk meningkatkan atau mengurangkan bilangan lajur.

  • Tambah atau keluarkan baris di bahagian bawah jadual: Klik Pemegang baris, kemudian klik anak panah untuk meningkatkan atau mengurangkan bilangan baris.

  • Tambah baris atau lajur di mana-mana tempat dalam jadual: Control-klik sel, kemudian pilih tempat anda mahu menambah baris atau lajur (di atas, bawah, sebelum dan selepas sel yang dipilih).

    Anda juga boleh menggerakkan penuding ke atas bar bernombor atau berhuruf untuk baris atau lajur bersebelahan tempat yang anda mahu tambah, klik anak panah bawah, kemudian pilih tempat untuk menambah baris atau lajur.

  • Padamkan baris atau lajur di mana-mana tempat dalam jadual: Control-klik sel dalam baris atau lajur yang anda mahu padamkan, kemudian pilih Padam Baris atau Padam Lajur.

    Anda juga boleh menggerakkan penuding ke atas bar bernombor atau berhuruf untuk baris atau lajur yang anda mahu padam, klik anak panah bawah, kemudian pilih Padam Baris atau Padam Lajur.

Pilih baris dan lajur

  1. Klik jadual.

    Bar berhuruf muncul di atas lajur dan bar bernombor muncul di sebelah kiri baris.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Pilih baris atau lajur tunggal: Klik bar untuk baris atau lajur yang anda mahu pilih.

    • Pilih berbilang baris atau lajur: Klik bar untuk baris atau lajur, kemudian seret pemegang pilihan (titik putih) untuk merangkumi baris atau lajur yang anda mahukan.

      Command-klik baris atau bar lajur untuk memilih baris atau lajur tidak bersebelahan.

Alihkan baris dan lajur dalam jadual

  • Pilih satu atau lebih baris atau lajur, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Alihkan baris: Klik dan tahan bar bernombor untuk baris agar ia kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke atas atau ke bawah baris lain.

    • Alihkan lajur: Klik dan tahan bar berhuruf untuk lajur agar ia kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke kanan atau kiri lajur lain.

Petua: Jika anda menyeret baris atau lajur ke luar jadual sedia ada, anda dapat mencipta jadual baru dengannya.

Saiz semula baris atau lajur

Anda boleh menukar lebar lajur tertentu dan tinggi baris tertentu dalam jadual.

  1. Klik jadual.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Saiz semula secara manual: Gerakkan penuding anda ke atas pinggir kanan bar berhuruf untuk lajur yang anda mahu mensaiz semula, atau ke atas bahagian bawah bar bernombor untuk baris, sehingga anda melihat , kemudian seret untuk mensaiz semula.

      Untuk mensaiz semula berbilang lajur atau baris pada masa yang sama, pilihnya terlebih dahulu. Gerakkan penuding anda ke atas pinggir bar berhuruf paling kanan atau bar bernombor paling bawah, kemudian seret apabila anda melihat . Ia disaiz semula secara berkadaran antara satu sama lain. Untuk mensaiz semulanya kepada saiz yang sama, Option-seret.

    • Saiz semula secara tepat: Klik sel dalam baris atau lajur yang anda mahu tukar. Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Saiz Baris & Lajur, kemudian gunakan anak panah untuk menentukan saiz yang anda mahukan.

      Keseluruhan baris atau lajur disaiz semula. Memilih sel dari lebih daripada satu baris atau lajur akan mensaiz semula semua baris atau lajur yang terkandung dalam pilihan.

    • Kecilkan baris atau lajur agar muat pada kandungannya: Control-klik nombor baris atau huruf lajur, kemudian pilih Muat Tinggi pada Kandungan atau Muat Lebar pada Kandungan.

      Anda juga boleh mengklik Muat dalam anak tetingkap Jadual pada pemeriksa Format, dalam seksyen Saiz Baris & Lajur.

    • Jadikan semua baris kepada tinggi yang sama atau lajur kepada lebar yang sama: Pilih jadual, kemudian pilih Format > Jadual > Sebar Baris Secara Sekata atau Format > Jadual > Sebar Lajur Secara Sekata (daripada menu Format berada di bahagian atas skrin komputer anda).

    • Jadikan beberapa baris kepada tinggi yang sama atau beberapa lajur kepada lebar yang sama: Pilih baris atau lajur, kemudian Command-klik baris atau lajur lain. Pilih Format > Jadual > Sebar Baris Secara Sekata atau Format > Jadual > Sebar Lajur Secara Sekata (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).

Untuk mensaiz semula semua baris atau lajur dalam jadual, pilih jadual, kemudian seret pemegang pilihan (segi empat putih).

Tambah dan keluarkan pengepala dan pengaki

Menambah baris pengepala, lajur pengepala dan baris pengaki menukar baris dan lajur sedia ada menjadi pengepala atau pengaki. Contohnya, jika anda mempunyai data dalam baris pertama jadual dan anda menambah baris pengepala, baris pertama ditukarkan kepada pengepala menggunakan data yang sama. Data dalam sel pengepala tidak termasuk dalam carta atau formula.

  1. Klik jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, pilih bilangan baris pengepala, lajur pengepala dan baris pengaki yang anda mahukan daripada menu pop timbul Pengepala & Pengaki.

Ulang baris pengepala pada berbilang halaman

  1. Klik baris pengepala.

  2. Gerakkan penuding ke atas nombor baris di sebelah kiri, kemudian klik anak panah kecil yang muncul.

  3. Pilih Ulang Baris Pengepala pada Setiap Halaman.