Tambah dan padam jadual

Apabila anda menambah jadual, anda memilih daripada sebilangan gaya yang telah direka bentuk yang sepadan dengan templat anda. Selepas anda menambah jadual, anda boleh menyesuaikan rupanya.

Tambah jadual baru

  1. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Letakkan jadual sebaris dengan teks: Klik tempat yang anda mahukan jadual muncul.

      Jadual sepadan dengan penjajaran perenggan, maka jika perenggan dijajarkan ke kiri, anda tidak dapat memusatkan jadual.

    • Letakkan jadual agar ia boleh digerakkan dengan bebas: Klik di tempat lain selain daripada teks agar tiada titik pemasukan teks.

      Apabila ia ditambah, jadual disetkan kepada “Kekal pada Halaman,” maka anda boleh menempatkannya di mana-mana anda inginkan.

  2. Klik Jadual dalam bar alat, kemudian pilih tataletak jadual atau seret jadual ke halaman.

    Klik anak panah kiri dan kanan untuk melihat lebih banyak pilihan gaya.

  3. Untuk menaip dalam sel, klik sel, kemudian masukkan kandungan anda.

  4. Untuk menukar penampilan jadual atau selnya, gunakan alat dalam anak tetingkap Jadual, Sel, Teks dan Susun pada pemeriksa Format.

Untuk menggerakkan jadual, klik padanya, kemudian seret Pemegang jadual di penjuru kiri atas untuk mengalihkan jadual ke tempat yang anda mahukannya pada halaman.

Edit atau sembunyikan nama jadual

Jadual mempunyai nama ruang letak, seperti "Jadual 1", yang boleh anda tunjukkan, edit atau sembunyikan. Setiap jadual dalam dokumen mesti mempunyai nama yang unik.

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tunjukkan atau sembunyikan nama jadual: Control-klik bar bernombor di sebelah kiri baris 1, kemudian pilih Tunjukkan Nama Jadual atau Sembunyikan Nama Jadual.

    Anda juga boleh memilih atau menyahpilih kotak semak Nama Jadual dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format.

  • Tukar nama jadual: Ketik tiga kali nama, kemudian taipkan nama baru.

  • Kurung nama jadual dalam jidar: Pilih kotak semak "Kurung nama jadual" dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format.

Padamkan jadual

  • Klik jadual, klik Pemegang jadual di penjuru kiri atasnya untuk memilih seluruh jadual, kemudian tekan Padam.