Dokumen dilindungi kata laluan

Anda boleh memberi kata laluan pada dokumen agar hanya orang yang mengetahui kata laluan boleh membukanya. Kata laluan boleh terdiri daripada sebarang gabungan nombor, huruf besar atau huruf kecil dan aksara papan kekunci istimewa.

Tambah kata laluan pada dokumen

  1. Pilih Fail > Setkan Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Masukkan kata laluan dalam medan Kata Laluan, kemudian masukkannya sekali lagi dalam medan Sahkan.

  3. Masukkan petunjuk untuk mengingatkan anda mengenai kata laluan jika anda terlupa mengenainya.

  4. Pilih kotak semak jika anda mahu menambah kata laluan pada rantai kunci anda.

  5. Klik Setkan Kata Laluan.

Tukar atau keluarkan kata laluan

  • Tukar kata laluan: Pilih Fail > Tukar Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda). Masukkan maklumat yang diminta, kemudian klik Tukar Kata Laluan.

  • Keluarkan kata laluan: Pilih Fail > Tukar Kata Laluan. Taipkan kata laluan lama, kemudian klik Keluarkan Kata Laluan.

Dokumen yang dilindungi kata laluan kekal dilindungi apabila anda berkongsinya menggunakan iCloud, agar kolaborator anda memerlukan kata laluan untuk membuka dokumen. Jika dokumen telah dikongsi di iCloud, anda boleh menambah, mengeluarkan atau menukar kata laluan dalam Seting Kongsi.

Nota: Dokumen hanya boleh mempunyai satu kata laluan, jadi jika anda menukar kata laluan apabila anda berkongsi dokumen, ia menjadi satu-satunya kata laluan dokumen.