Simpan dan namakan semula dokumen
Pages menyimpan dokumen anda secara automatik ke lokasi lalai semasa anda bekerja dan memberinya nama lalai, seperti Tanpa Tajuk 1. Anda boleh menamakan semula dokumen anda, mencipta versi lain daripadanya dan menyimpannya di lokasi lain.
Jika anda mahukan salinan dokumen dalam format lain (contohnya, dokumen Microsoft Word), eksport dokumen dalam format tersebut.
Simpan dokumen dengan nama atau di lokasi baru
Tahan kekunci Option, kemudian pilih Fail > Simpan Sebagai (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).
Masukkan nama dalam medan Simpan Sebagai.
Masukkan satu atau lebih tag (pilihan).
-
Klik menu pop timbul Tempat, kemudian pilih tempat anda mahu menyimpan dokumen.
Anda boleh menyimpannya dalam folder pada Mac anda atau pada pelayan atau menyimpannya di iCloud. Untuk melihat lebih banyak lokasi, klik butang anak panah bersebelahan medan Simpan Sebagai.
Petua: Anda boleh mencipta folder baru daripada dialog Simpan Sebagai. Pilih tempat anda mahu mencipta folder baru, kemudian klik Folder Baru di bahagian bawah dialog Simpan Sebagai. Masukkan nama folder, kemudian klik Cipta. Folder baru dipilih, jadi dokumen anda akan disimpan padanya.
Klik Simpan.
Apabila anda menyimpan dokumen ke iCloud, dokumen disimpan pada pelayan, bukan pada Mac anda. Ia muncul secara automatik pada iPad, iPhone atau iPod touch anda (jika anda menyediakan iCloud) dan dikemas kini pada bila-bila masa anda membuat perubahan padanya pada sebarang komputer atau peranti yang didaftar masuk ke akaun iCloud anda. Tiada folder iCloud pada Mac anda.
Namakan semula dokumen
Klik nama dokumen di bahagian atas tetingkap Pages, kemudian taip nama baru.
Kembalikan dokumen kepada versi lebih awal
Oleh sebab Pages terus menyimpan kerja anda pada komputer anda, anda boleh melayari versi lebih awal, memulihkan dokumen kepada versi lebih awal dan mencipta versi duplikasi.
-
Pilih Fail > Tukar Kepada (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih salah satu daripada berikut:
Terakhir Disimpan: Semua perubahan yang anda buat pada dokumen sejak kali terakhir anda menyimpannya akan dipadamkan.
Terakhir Dibuka: Semua perubahan yang anda buat pada dokumen sejak kali terakhir anda membukanya akan dipadamkan.
Layari Semua Versi: Garis masa untuk dokumen terbuka, menunjukkan tanda rait di sebelah kanan yang menunjukkan setiap kali dokumen dibuka, disimpan, diduplikasikan, dikunci, dinamakan semula atau ditukar kembali.
Jika anda memilih Layari Semua Versi, klik tanda rait sepanjang garis masa untuk melayari versi.
-
Apabila anda menemui versi yang anda mahukan, lakukan salah satu daripada berikut:
Pulihkan dokumen anda kepada versi ini: Klik Pulihkan.
Duplikasikan versi ini dalam dokumen baru: Tekan kekunci Option kemudian klik Pulihkan Salinan.
Untuk kembali ke dokumen anda dalam keadaan semasanya tanpa membuat sebarang perubahan, klik Selesai.