Simpan dokumen dalam format lain

Untuk mencipta salinan dokumen Pages dalam format lain—Microsoft Word, PDF, teks biasa (.txt), ePub atau Pages ’09—anda boleh mengeksport dokumen dalam format tersebut. Mengeksport mencipta salinan dokumen dalam format baru dan ia berguna apabila anda menghantar dokumen kepada orang yang mungkin menggunakan perisian berlainan daripada anda. Sebarang perubahan yang anda buat pada dokumen yang dieksport tidak mempengaruhi yang asal.

Nota: Anda tidak boleh mengeksport dokumen tataletak halaman dalam format ePub.

Eksport dalam format lain

  1. Pilih Fail > Eksport Ke > [format fail] (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Tentukan seting eksport, bergantung pada jenis fail:

    • PDF: Pilih kualiti imej. Lebih tinggi kualiti imej, lebih besar saiz fail untuk salinan yang dieksport.

    • Word: Klik segi tiga pendedahan Pilihan Lanjutan untuk memilih format. Jika anda memilih kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka”, masukkan maklumat yang diminta.

    • ePub: Masukkan tajuk dan nama pengarang, kemudian pilih kategori daripada menu pop timbul jika anda mahu buku anda muncul dalam kategori tertentu. Klik segi tiga pendedahan Pilihan Lanjutan untuk mengesetkan bahasa dan kulit buku.

    • Pages ’09: Pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka”, kemudian masukkan maklumat yang diminta.

    Nota: Kata laluan yang anda setkan melindungi salinan dieksport anda sahaja, bukan fail asal. Untuk mengesetkan kata laluan untuk dokumen asal, lihat Dokumen dilindungi kata laluan. Jika fail asal sudah mempunyai kata laluan, ia digunakan pada fail yang dieksport juga.

  3. Ketik Seterusnya, kemudian taip nama untuk dokumen tersebut.

    Sambungan fail ditambah secara automatik pada nama dokumen.

  4. Masukkan satu atau lebih tag (pilihan).

  5. Pilih tempat untuk menyimpan dokumen daripada menu pop timbul Tempat, kemudian klik Eksport.

    Untuk melihat lebih banyak lokasi, klik anak panah bersebelahan Simpan Sebagai.