Tambah templat tersuai
Jika anda mencipta dokumen yang anda mahu gunakan sekali lagi sebagai model untuk dokumen lain, anda boleh menyimpannya sebagai templat. Mencipta templat anda sendiri adalah semudah menambah logo syarikat anda pada templat sedia ada atau anda boleh mereka bentuk templat yang baru sepenuhnya.
Anda boleh menambah templat tersuai anda pada pemilih templat atau menyimpannya sebagai fail untuk dikongsi dengan orang lain atau untuk memasang dan menggunakannya pada peranti iOS anda.
Nota: Jika anda menghantar templat dalam Mail atau menyimpannya di iCloud, templat tersebut sedia untuk dipasang. Jika anda menyimpan templat pada pelayan web atau memuat naiknya ke mel web, templat mesti mempunyai sambungan fail ".template.zip" untuk memasang dan menggunakannya dalam Pages pada peranti iOS anda. Untuk memampatkan fail (.zip ialah fail yang dimampatkan), Control-klik fail templat, kemudian pilih Mampat daripada menu pintasan.
Simpan dokumen sebagai templat
Pilih Fail > Simpan sebagai Templat (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Klik pilihan:
Tambah Pemilih Templat: Taipkan nama untuk templat, kemudian tekan Return. Templat anda muncul dalam kategori Templat Saya dalam pemilih templat.
-
Simpan: Taipkan nama untuk templat, kemudian pilih tempat yang anda mahu menyimpannya.
Jika anda menyimpannya di iCloud, pada kali seterusnya anda membuka Pages pada peranti iOS anda, templat tersebut muncul sebagai fail boleh dimuat turun dalam pengurus dokumen.
Cipta templat
Apabila anda mencipta templat baru, anda bermula dengan templat sedia ada (Kosong atau sebarang templat lain), lakukan perubahan, kemudian simpannya sebagai templat tersuai. Templat asal kekal tidak berubah. Templat tersuai muncul dalam kategori Templat Saya dalam pemilih templat.
Nota: Hanya templat yang muncul dalam pemilih templat boleh diedit. Jika anda mahu mengedit templat tersuai yang tidak berada dalam pemilih templat, pasangnya terlebih dahulu (lihat tugas di bawah untuk mengetahui caranya).
Dalam Pages, pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian dwiklik templat yang anda mahu edit.
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Cipta ruang letak media: Pilih imej, kemudian pilih Format > Lanjutan > Tentukan Sebarang Ruang Letak Media (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
Cipta ruang letak teks: Pilih teks, kemudian pilih Format > Lanjutan > Tentukan Sebarang Ruang Letak Teks (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
Tambah tera air atau objek latar belakang: Pilih teks atau objek, kemudian pilih Susun > Induk Seksyen > Alihkan Objek ke Induk Seksyen (dari menu Susun di bahagian atas skrin komputer anda). Lihat Letakkan objek di latar belakang untuk mengetahui lebih lanjut.
-
Pilih Fail > Simpan sebagai Templat (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih pilihan.
Tambah Pemilih Templat: Taipkan nama untuk templat, kemudian tekan Return. Templat anda muncul dalam kategori Templat Saya dalam pemilih templat.
-
Simpan: Taipkan nama untuk templat, kemudian pilih tempat yang anda mahu menyimpannya.
Jika anda menyimpannya ke iCloud, templat muncul sebagai fail yang boleh dimuat turun dalam pengurus dokumen pada kali seterusnya anda membuka Pages pada peranti iOS anda.
Jika anda tidak mahu menyimpan templat asal, anda boleh memadamkannya daripada pemilih templat. Anda tidak boleh memadamkan templat yang datang dengan Pages.
Pasang templat pada Mac anda
Anda boleh memasang templat tersuai yang disimpan ke komputer anda atau pada pelayan atau templat yang anda terima sebagai lampiran dalam e-mel, dengan menambahnya pada pemilih templat dalam Pages.
Nota: Langkau tugas ini jika anda memilih Tambah ke Pemilih Templat apabila anda menyimpan templat tersuai anda; ia telah dipasang dan boleh ditemui dalam Templat Saya.
Dwiklik fail templat (jika sambungan fail ialah ".template"), kemudian klik Tambah pada Pemilih Templat.
Anda boleh setkan Pages untuk sentiasa membuka dokumen baru daripada templat yang sama berbanding Pemilih Templat. Pilih Pages > Keutamaan (daripada menu Pages di bahagian atas skrin komputer anda). Dalam anak tetingkap Umum, pilih “Gunakan templat,” kemudian klik Tukar Templat bagi memilih templat.
Pasang templat pada peranti iOS anda
Pada peranti iOS anda, lakukan yang berikut untuk memasang templat:
iCloud: Jika Pages disediakan untuk menggunakan iCloud pada peranti anda, templat muncul secara automatik dalam pengurus dokumen dan dikenal pasti oleh lencana templat. Ketik imej kecil templat, kemudian ketik Tambah.
E-mel: Dari Mail, ketik lampiran, ketik (anda mungkin perlu mengetik skrin untuk melihat ikon Kongsi), ketik Buka dalam Pages, kemudian ketik Buka dalam Pages. Ketik Tambah.
Pelayan WebDAV: Muat turun templat daripada pelayan, ketik (anda mungkin perlu mengetik skrin untuk melihat ikon Kongsi), kemudian ketik Buka dalam Pages. Ketik Tambah.
Templat muncul dalam kategori Templat Saya dalam pemilih templat.
Namakan semula atau padam templat tersuai
Dalam pemilih templat, Control-klik nama templat, kemudian pilih Nama Semula atau Padam.
Jika anda menamakan semula, taipkan nama baru, kemudian tekan Return.
Templat tersuai sentiasa muncul dalam Templat Saya dalam pemilih templat. Anda tidak dapat menyusun semula templat dan anda tidak dapat memadamkan templat yang datang dengan Pages.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan templat baru pada dokumen sedia ada. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar jenis dokumen (pemprosesan perkataan atau tataletak halaman).